Mata Ganjaran Mesra Kini Boleh Ditebus Di Setel – Muat Turun Sekarang!

466
**********

Aplikasi Setel kini menerima peningkatan lagi dengan memperkenalkan pilihan penebusan minyak melalui mata ganjaran Mesra.

Peningkatan ini merupakan langkah lanjut Setel untuk mengintegrasikan aspek pengisian minyak ke dalam satu platform tunggal, sekaligus meningkatkan pengalaman dan keselesaan pelanggan di stesen PETRONAS.

Pelanggan perlu pautkan dan aktifkan kad Mesra di aplikasi Setel bagi tujuan penebusan mata ganjaran, nilai kredit adalah RM1 untuk setiap 100 mata ganjaran yang akan ditambah kepada baki dompet Setel untuk membeli minyak. Tambahan lagi, pelanggan juga diberi pilihan untuk menetapkan mata ganjaran yang ingin ditukarkan kepada kredit untuk menebus minyak pada bila-bila masa di stesen PETRONAS.

[ Kerjasama Fave & Setel – Tawarkan Minyak Bernilai RM60 Dengan Tambah Nilai RM52 Bagi Pengisian Minyak Buat Kali Pertama ]

Pelanggan PETRONAS yang juga merupakan ahli Mesra akan menerima 3 mata ganjaran bagi setiap liter minyak yang dibeli, menjadikan ia satu kadar pertukaran yang tertinggi untuk program kesetiaan minyak di Malaysia. Contohnya, pembelian 50 liter (RM2.08/liter) minyak akan ditawarkan 150 mata ganjaran Mesra, yang mana boleh ditukarkan kepada minyak bernilai RM1.50.

Setel boleh digunakan di 277 stesen PETRONAS di sekitar Lembah Klang, maklumat lanjut layari Setel.

Muat Turun Setel – Android
Muat Turun Setel – iOS

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here