Ketibaan Pusingan Kelayakan Ke-8 LAN Taiwan Excellence E-Sports Cup Di Pulau Pinang

295
**********

Dengan kerjasama Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) dan Taiwan Bureau of Foreign Trade (MOEA), kejohanan Taiwan Excellence E-Sports Cup (TEEC) 2019 sudahpun melepasi pusingan kelayakan ke-8 di Pulau Pinang, Malaysia.

Peringkat kelayakan pusingan diadalah bersama penaja jenama MSI, 20 pasukan dengan lebih 100 pemain telah bersaing untuk meraih hadiah keseluruhan sebanyak RM113,000 dalam final pada bulan Oktober nanti.

Selain penaja MSI, TEEC juga ditaja oleh Acer Predator dan ASUS ROG yang melihatkan peserta bersaing di bawah permainan DotA2, Counter-Strike: Global Offensive dan League Of Legends.

Dua lagi pusingan kelayakan LAN melihatkan penaja jenama Acer Predator dan ASUS ROG akan berlangsung di Cove E-Sports Hub pada Ogos 17 dan September 7, di Battle Arena di mana siri kualifikasi Taiwan Excellence E-Sports akan berakhir.

Peringkat akhir akan diadakan di Berjaya Mall, 11-13 Oktober di mana juara permainan Dota 2, Counter-Strike: Global Offensive dan League Of Legends akan memenangi RM10,000 dan pasukan pemenang untuk kategori CS: GO akan menerima tiket emas ke Taiwan untuk bertarung dengan negara Taiwan, Thailand, Filipina dan India untuk merebut hadiah utama bernilai USD2,000, sekitar RM8,355).

Kejohanan ini masih terbuka kepada orang ramai untuk pendaftaran, maklumat lanjut layari Taiwan Excellence.

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here