Kenapa Buang Bicu Audio Pada Samsung Galaxy Note 10? Ini Jawapan Samsung…

915
- Iklan -

Samsung telah muncul dengan ahli baru, Samsung Galaxy Note 10 dan  Samsung Galaxy Note 10+ . Konsep dibawa untuk model kali ini dilihat tampil segar dengan binaan lebih moden. Pun begitu, terdapat satu topik yang menjadi bualan hangat ketika ini – ketiadaan bicu audio!

Sedar perkara ini bakal menjadi bualan, Samsung dilihat tampil memberi maklum balas untuk persoalan berhubung hal berkenaan. Memetik portal The Verge, penyingkiran bicu audio tersebut bertujuan memberikan ruang bateri menjadi lebih besar – kira-kira 1,00 mAh atau 2 hingga 3 peratus lebih besar.

Selain itu, Samsung turut menambah bahawa penyingkiran bicu audio berkenaan juga bagi menambah baik tindak balas sesentuh skrin – ia berikutan tiada lagi ruang/rongga kosong di dalam peranti berkenaan. Jadi apa kata anda?

Samsung Galaxy Note 10 dan Samsung Galaxy Note 10+ sudah mula ditawarkan untuk pasaran tempatan. Sesi pra-tempahan juga telah dibuka sehingga 18 Ogos 2019. Bagi yang berminat, peranti ini dijual pada harga seperti berikut :

  • Samsung Galaxy Note 10 (256GB) – RM3,699
  • Samsung Galaxy Note 10+ (256GB) – RM4,199
  • Samsung Galaxy Note 10+ (512GB) – RM4,799
Berminat, boleh beli di:

Bagi menambah keriangan ramai, setiap pra-tempahan dibuat akan didatangkan dengan sejumlah penawaran hadiah menarik termasuk :

MODEL WARNA  HADIAH MENARIK
Galaxy Note10 Aura Pink,Aura Black & Aura Glow Hadiah menarik bernilai sehingga RM1,058 :

  • Galaxy Buds
  • Wireless Battery Pack
  • Protection Plus
Galaxy Note10+ Aura White, Aura Black & Aura Glow Hadiah menarik bernilai sehingga RM1,159 :

  • Memory upgrade from 256GB to 512GB
  • Protection Plus
  • Wireless Battery Pack

[SUMBER]

___________________________________________________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here