Kemas Kini Harga: OPPO R17 Pro Kini Hanya Dijual RM1,599! Penurunan Sebanyak RM1,100!!!

467

What?! Penurunan harga sebanyak RM1,100?!

YA! Harga OPPO R17 Pro kini telah menerima kemas kini harga yang lebih mesra, anda boleh dapatkan hanya pada RM1,599, sebanyak RM1,100 dikurangkan berbanding harga semasa perasmian.

[ [ Reviu Eksklusif ] Tak Perlu ‘Pick-Up Line’, 6 Rahsia Pada OPPO R17 Pro Cukup Padu ‘Tackle’ Hati Ramai ]

Walaupun OPPO R17 Pro merupakan peranti yang dikeluarkan tahun 2018, namun ketibaannya di pasaran tempatan membawa lebih pilihan kepada peminat kerana reka bentuk yang moden dan lain dengan peranti tersedia.

Di samping rekaan menyerlah, spesifikasi yang dibekalkan pada peranti ini juga sangat mengagumkan antaranya skrin bertakuk 6.4 inci FHD+ (2340 x 1080 piksel), cip pemproses Snapdragon 710, sokongan 8GB RAM dan 128GB ROM, bateri 3,700mAh dengan pengecasan pantas Super VOOC Flash Charge serta Hidden Fingerprint Unlock sebagai ciri sekuriti keselamatan.

Kameranya juga unik, tri-kamera 12MP (f/1.5, f/2.4) + 20MP (f/2.6) + 3D TOF bersama teknologi AI dan Ultra Night Mode mampu memberikan penggambaran malam yang amat menakjubkan. Bagi kamera swafoto, ia dilengkapi sensor 25MP (f/2.0).

Beli di pautan berikut sekiranya berminat:

[ [ Kongsi Gambar ] Hasil Tangkapan Foto Dari Lensa OPPO R17 Pro ]

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here