Inginkan Percutian Hebat? Aplikasi PrestoTravel Khas Buat Si Kaki Travel!

671
**********

Presto kini muncul dengan aplikasi PrestoTravel – aplikasi terkini dengan ciri menarik dalam usaha menarik minat pelancong dan si kaki travel bagi menikmati percutian menarik melalui bonus perjalanan dan cashbacks.

PrestoTravel merupakan mini aplikasi yang boleh diakses menerusi aplikasi Presto dan ia bersambung secara terus dengan platform tempahan penginapan dalam talian (OTA) terkemuka, Agoda – di mana pengguna boleh mengakses lebih banyak pilihan hotel (sehingga 290,000) dengan mudah.

Selain itu, pengguna juga boleh membeli tiket Flight menusi aplikasi ini. Bagi keringan berganda, pengguna akan diberi cashback apabila mereka membuat pembayaran menerusi PrestoPay – cashback tidak terhad sebaliknya bergantung pada transaksi dilakukan. Aplikasi ini mula tersedia bermula September kelak.

Gambar Sekadar Hiasan

Aplikasi Presto juga menawarkan sejumlah kemudahan gaya hidup lain termasuk membeli tiket wayang secara atas talian melalui WeTix, perkhidmatan penghantaran makanan menerusi Hungry dan banyak lagi! Muat turun Presto App secara percuma menerusi :

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here