HUAWEI Perkenal HarmonyOS – Dikatakan Lebih Lancar & Selamat

747
**********

HUAWEI secara rasmi memperkenalkan sistem operasi keluarannya, Harmony OS pada acara HUAWEI Developer 2019, hari ini. HarmonyOS atau juga dipanggil Hong Meng dalam bahasa mandarin dikatakan membawa lebih banyak kemudahan kepada dunia.

Harmony OS adalah sistem operasi yang dibina berasaskan mikrkernel (sama seperti Fuchsia OS dalam pembangunan Google – namun prestasi Harmony OS dikatakan lebih pantas). HUAWEI mengatakan sistem ini dioptimasi untuk menjadi lebih lancar dan selamat – dikatakan berbeza daripada Android dan iOS.

Ia dikatakan memiliki penggunaan yang fleksibel pada pelbagai variasi peranti – namun buat masa ini, tidak menyasarkan untuk peranti pintar kerana masih mengutamakan penggunaan Android bagi menyajikan pembangunan terbaik. Pun begitu, HUAWEI dikatakan bersedia beralih ke HarmonyOS seandainya larangan Amerika Syarikat masih berterusan.

Menurut HUAWEI lagi, versi pertama peranti dilengkapi sistem operasi ini akan dilancarkan sekitar akhir tahun ini. Selain itu, sistem ini juga bakal ditawarkan dalam bentuk sumber terbuka – bagi membolehkan diakses oleh semua pihak di seluruh dunia.

Pada masa sama, HUAWEI mengumumkan versi pertama akan dilancarkan pada Smart Screen (TV) pada 10 Ogos 2019 di persidangan berkenaan. Untuk versi 2.0 pula dijangka muncul pada tahun hadapan dengan prestasi yang dipertingkatkan. Manakala versi 3.0 akan dikeluarkan pada tahun 2021 dan memberi tumpuan untuk meningkatkan perisian OS.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here