HUAWEI Perkenal Ascend 910 – Pemproses AI Paling Berkuasa Di Dunia

504

HUAWEI secara rasminya memperkenalkan cip pemproses AI paling berkuasa dunia dikenali sebagai Ascend 910, baru-baru ini. HUAWEI mengatakan ia mengambil masa kira-kira setahun untuk binaan dan dikatakan berjaya mencapai sasaran prestasi terbaik dengan penggunaan tenaga jauh lebih rendah. Ini sekaligus menandakan satu peringkat baru dalam strategi AI HUAWEI.

Difahamkan, Ascend 910 mampu melakukan lebih baik daripada yang diharapkan – menjanjikan prestasi AI lebih berkuasa. Perkara ini dapat dibuktikan menerusi pencapaiannya yang mampu menghasilkam sehingga 256 TeraFLOPS dan 512 TreaOPS. Justeru, HUAWEI akan terus melabur dalam pemproses AI untuk menyampaikan kuasa pengkomputeran yang lebih baik dan disesuaikan dengan pelbagai senario.

Pada acara yang sama, HUAWEI turut memperkenalkan rangka kerja pengkomputeran AI yang menyokong pembangunan aplikasi AI dalam semua senario iaitu MindSpore. Difahamkan, rangka kerja ini adalah bagi memudahkan pembangunan aplikasi AI – menjadikan aplikasi AI lebih luas dan mudah diakses. Perlindungan privasi turut terjamin.

Dengan pelancaran kedua-dua teknologi baru ini, nampaknya HUAWEI telah memperkenalkan semua komponen utama portfolio penuh AI. Pelancaran ini juga merupakan pencapaian baharui dalam pelan AI HUAWEI – dalam menjadikan AI lebih luas dan membawa manfaat kepada setiap orang.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here