HUAWEI Nova 5T Buat Kemunculan Sulung Di KLFW 2019 – Diperkenal Secara Rasmi Pada 27 Ogos 2019!

497

Seperti dijanjikan! HUAWEI Nova 5T telah membuat kemunculan pertama pada acara berprestij, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) 2019 yang berlangsung di Pavilion Centre Court, Kuala Lumpur, hari ini.

HUAWEI Nova 5T menjadi ikon dinamik yang menyerlahkan gaya keterampilan dengan kombinasi fesyen dan inovasi – dengan jelas melambangkan gaya kontemporari dan moden dengan binaan peranti menawan serta penuh gaya tersendiri.

Mengiringi HUAWEI Nova 5T pada acara ini adalah lebih daripada 70 jenis barangan eksklusif termasuk pakaian, aksesori dan sebagainya. Kesemua barangan ini direka khas oleh 5 pereka fesyen tempatan yang berjaya terpilih menerusi pertandingan reka bentuk fesyen Nova sebelum ini.

Dalam pada itu, sejumlah produk terbaru HUAWEI turut dipertontonkan pada acara ini – termasuk HUAWEI Freelance Bluetooth Earphones, HUAWEI Watch GT, HUAWEI Watch GT Elegant dan HUAWEI Mediapad M5 Lite Tablet.

Untuk makluman semua, HUAWEI Nova 5T bakal diperkenalkan secara rasmi pada 27 Ogos kelak! Bersama raikan kemeriahan kedatangan pewaris baru siri Nova ini dengan menonton pelancaran global secara langsung menerusi Facebook HUAWEI Mobile.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here