HONOR V30 Dikatakan Bakal Hadir Dengan Sokongan Rangkaian 5G

420

Sebelum ini, presiden HONOR iaitu Zhao Ming pernah mendedahkan bahawa peranti 5G pertama HONOR akan datang dari siri V. Suppp berdesuppp! Akhirnya terjawab! Beliau kini mengesahkan bahawa HONOR V30 akan menjadi peranti 5G pertama keluaran HONOR.

Gambar Sekadar Hiasan : HONOR V20

Memetik beberapa sumber, perkara ini didedahkan oleh beliau menerusi catatan di laman Weibo . Menurut Zhao, HONOR V30 akan menjadi peranti pertama HONOR dengan sokongan rangkaian 5G dan ia juga menyokong rangkaian SA/NSA . Maklumat lanjut mengenai spesifkasi peranti masih belum dikongsi – namun ramai yang berspekulasi bahawa ia bakal tampil lebih berkuasa.

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here