HONOR 20 Pro Perlihat Sambutan Yang Menakjubkan – Habis Terjual Secara Atas Talian Dalam Masa Sehari!!!

369
- Iklan -

Sangat menakjubkan apabila peranti terbaharu daripada HONOR iaitu HONOR 20 Pro kini telah habis terjual di hihonor dan kedai rasmi di Shopee. Peranti ini habis terjual pada hari pertama jualan rasminya yang mana setiap pembelian peranti ini, pembeli turut menerima HONOR Band 3 dan HONOR FlyPods Lite.

Bagi mereka yang ketinggalan pada jualan atas talian yang pertama HONOR 20 Pro ini, jangan bimbang kerana peranti ini akan tersedia di kesemua HONOR Experience Stores (HES) di seluruh negara dan partner stores bermula dari 17 Ogos. Peranti ini dijual pada harga RM2299 dan pembeli akan menerima premium luggage, HONOR mini Bluetooth speaker dan HONOR Tripod Selfie Stick.

Menerusi kempen Merdeka juga, pembeli boleh menerima lebih banyak hadiah dengan bermain ‘Tikam’ yang mana anda berpeluang memenangi 10 ribu hadiah termasuklah HONOR Band 4, HONOR Band 4 Running, kotak hadiah HONOR dan banyak lagi.

Dalam pada itu, dengan kerjasama bersama The Alley, pelanggan akan turut membawa 1 cawan milk tea apabila mereka membeli HONOR 20 Pro di Sunway Pyramid, IOI City Mall dan Mid Valley HES branch. Anda boleh mempamerkan telefon terbaharu HONOR di mana-mana The Alley Store dan akan menerima 50% Capture Wonder tea.

teh edisi terhad ini hanya tersedia sehingga 14 September sahaja. Hanya sekali penebusan dibenarkan bagi setiap transaksi. Namun anda boleh melakukan pelbagai penebusan bagi transaksi yang berbeza sementara stok masih ada.

HONOR 20 Pro ini tersedia dalam 2 warna iaitu Phantom Black dan Phantom Blue serta dilengkapi dengan sistem 4 kamera yang menakjubkan iaitu 48MP + 16MP + 8MP + 2MP. Ia dilengkapi dengan 30x zoom. Peranti ini dijual pada harga RM2299.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang HONOR Malaysia atau laman Facebook rasmi HONOR.

____________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here