Grab Malaysia Memperkenalkan Insurans Harian Hanya RM1 – Perlindungan Fleksibel & Terjamin Khas Pemandu E-Hailing

783
- Iklan -

Grab Daily Insurance (GDI), insurans motor dan takaful (insurans Islamic) khas pemandu e-hailing telah dilancarkan oleh Grab Malaysia hari ini. Insurans ini direka khas dengan kerjasama 14 syarikat insurans dan pengendali takaful terkemuka, dalam menawarkan pemandu e-hailing menikmati perlindungan insurans / takaful dari serendah RM1 / sehari.

Senarai 14 Syarikat Insurans / Takaful:
  1. Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad
  2. AmGeneral Insurance Berhad
  3. AXA Affin General Insurance Berhad
  4. Berjaya Sompo Insurance Berhad
  5. Chubb Insurance Malaysia Berhad
  6. Etiqa General Insurance Berhad
  7. Etiqa General Takaful Berhad
  8. Liberty Insurance Berhad
  9. MPI Generali Insurans Berhad
  10. MSIG Insurance (Malaysia) Bhd
  11. RHB Insurance Berhad
  12. Tokio Marine Insurans (Malaysia) Berhad
  13. Zurich General Insurance Malaysia Berhad
  14. Zurich Takaful Malaysia Berhad

Pengenalan GDI merupakan sebahagian daripada komitmen Grab dan usaha berterusan untuk membantu rakan kongsi pemandu mematuhi peraturan e-hailing baru, dan salah satu merupakan pembelian insurans / takaful e-hailing, tambahan kepada insurans motor / takaful yang sedia ada yang mana mungkin dikenakan sehingga RM400-500 tahunan. GDI akan membantu menangani beban pendahuluan ini melalui liputan harian yang fleksibel dan berpatutan.

Pemandu boleh memilih perlindungan harian insurans / takaful apabila mereka berada dalam talian, lindungan tersebut akan ditolak dari e-dompet GrabPay Kredit mereka dan sah selama 24 jam.

Bagaimana berfungsi?
  • Memilih terus dalam aplikasi
  • Bayar setiap hari melalui GrabPay Driver’sWallet
  • Pandu dengan cermat

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Grab Daily Insurance (GDI).

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here