Samsung Galaxy Note 10+ yang baru sahaja dilancarkan pastinya merupakan sebuah peranti yang sangat cantik dengan spesifikasi yang menakjubkan! Pelbagai keunikan yang dihadirkan pada peranti ini. Antaranya adalah S Pen bagi peranti. Kini ia bukan hanya sekadar pen tetapi dihadirkan pelbagai fungsi menarik yang boleh digunakan oleh pengguna. Jom lihat antara fungsi menarik S Pen ini:

Kawalan Kamera Yang Menyenangkan!!!

Ini yang menarik mengenai S Pen ini, kerana ia boleh bertindak sebagai alat kawalan. Anda kini tidak perlu lagi meminta orang untuk mengambil gambar anda kerana anda boleh mengawal sendiri aplikasi kamera pada peranti ini dari jauh menerusi S Pen.

#Rakam Gambar

Anda boleh mula merakam gambar dengan hanya menekan butang pada S Pen tersebut. Senangkan!!!

#Zoom In Dan Zoom Out!

Anda boleh Zoom in dan Zoom out dengan cara yang mudah. Anda boleh menekan butang pada S Pen dan gerakan pen tersebut ke arah lawan jam atau ikut arah jam.

#Tukar Kamera Hadapan Atau Belakang

Anda boleh menukar fungsi kamera sama ada menggunakan kamera hadapan atau belakang dengan menekan butang pada S Pen dan gerakkan ia ke atas atau ke bawah.

#Pilih Fungsi Kamera

Anda juga boleh menukar fungsi kamera dengan menekan butang pada S Pen dan gerak ke kiri atau ke kanan.

 

Kawalan Video Yang Awesome!

Beberapa gerakan S Pen yang boleh dilakukan ketika memainkan video di aplikasi Youtube antaranya adalah:

  • Menekan butang pada S Pen sekali untuk memainkan atau Pause video.
  • Menekan dua kali butang S Pen untuk memainkan track yang seterusnya.
  • Menekan butang ke atas atau ke bawah untuk melaraskan suara video tersebut.
  • Menekan dan menggerakkan S Pen ke kiri atau kanan untuk memainkan video yang seterusnya atau menonton video sebelumnya.

 

Melihat Galeri Dengan Cara Unik!

Anda dah bosan melihat galeri anda dengan cara yang sama sahaja? Jangan bimbang kerana anda boleh melakukan sesuatu yang unik menerusi S Pen ini!

  • Anda boleh menekan butang sekali untuk ke gambar yang seterusnya atau dua kali untuk kembali ke gambar sebelumnya.
  • Anda juga boleh menekan butang dan menggerakkannya ke kiri atau kanan untuk menukar slide gambar.
  • Anda juga boleh melihat perincian gambar dengan menekan butang dan menggerakkannya ke atas atau ke bawah.

 

Tukar Tulisan Kepada Teks Dengan Mudah!

Anda juga boleh menukar tulisan tangan yang anda tulis menggunakan S Pen ini. Caranya sangat mudah:

Pergi ke Samsung Noted dan tekan simbol ‘+’ => Pilih Simbol tulisan => Tulis ayat yang anda ingin terjemahkan kepada teks => Dan tekan butang terjemahan

Best kan guna S Pen ini!!! Jadi tunggu apa lagi, dapatkan peranti ini pada harga RM4199 (256GB) atau RM4799 (512GB).

Berminat, boleh beli di:

___________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here