EMUI 10 Tampil Lebih Fresh, Versi Beta Bermula 8 September 2019 – Apa Ciri Baharu Yang Menarik?

339
**********

EMUI 10 akhirnya diperkenalkan secara rasmi pada acara HUAWEI Developer 2019, baru-baru ini. Selain daripada rekaan lebih segar, ia juga menerima penambahbaikan bagi memberi lebih nilai kepada pengguna. EMUI 10 adalah berasaskan Android Q – versi beta akan ditawarkan menjelang 8 September 2019 (model terawal diuji : HUAWEI P30 & HUAWEI P30 Pro).

Difahamkan, EMUI 10 menerima peningkatan kelancaran – menggandakan prestasi aplikasi tertentu dan didakwa lebih baik daripada iOS – kadar peningkatan mencecah 90%. EMUI 10 juga dikatakan bukan sahaja menyokong model akan datang, bahkan ia juga serasi dengan model sedia ada.

 

Apa Ciri Baharu Yang Menarik?

  • New UX

Perubahan paling ketara adalah EMUI 10 membawakan sejumlah kemas kini pada penambaikan reka bentuk dan sistem pengedalian – menjadikan antaramuka lebih baik dan mesra pengguna. Ia didatang dengan ikon lebih bulat dengan animasi baru. EMUI 10 akan datang dengan ikon lebih bulat dan animasi baru.HUAWEI juga menambah baik paparan dengan paparan skrin AOD (Always On Display) berwarna baru dan tema gelap yang lebih baik.

 

  • HUAWEI HiCar

HUAWEI HiCar membolehkan pengguna menghubungkan peranti pintar HUAWEI ke sistem infotainment pada kereta dan mengawal ciri-cirinya – termasuk muzik, navigasi, menghidupkan penghawa dingin dan sebagainya). Ia juga mengesan keadaan pemandu – sama ada penat / tidak dan memberi notifikasi untuk tujuan keselamatan. Selain itu, pengguna juga boleh menyemak status kereta menerusi peranti sahaja.

 

  • Multi-Screen Collaboration

Penambahbaikan lain, HUAWEI juga memaparkan ciri baharu yang menghubungkan persediaan telefon ke PC – Multi Screen Collaboration, Melalui ciri ini, pengguna boleh menyambungkan telefon pintar secara langsung pada skrin komputer secara wayarless. Melaluinya juga, pengguna boleh mengakses ke semua fail telefon termasuk untuk membalas mesej ataupun proses pemindahan data.

 

  • Prestasi Dinaiktaraf – GPU Turbo, Link Turbo, EROFS & Banyak Lagi

HUAWEI juga membawakan penambahbaikan dari segi prestasi dimana ia menjadikan sistem fail EROFS dan GPU Turbo lebih baik – sekaligus menjanjikan prestasi lebih cepat dan menyajikan pengalaman terbaik buat pengguna. Tidak ketinggalan, Link Turbo juga menerima penambahbaikan yang ketara.

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here