Edisi Terhad DUALSHOCK 4 Wireless Controllers Bakal Tiba Pada 6 September 2019 – Harga Jualan RM259!

407

Bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna, Sony Interactive Entertainment Singapore Private Limited (SIES) kini memperkenalkan tambahan warna baru untuk DUALSHOCK 4 Wireless Controllers. Edisi terhad ini didatangkan dengan empat pilihan warna – termasuk Electric Purple, Red Camourglage, Titanium Blue dan Rose Gold.

Jom ‘usha’ sikit warna-warna baru ni…

Bagi yang berminat, edisi terhad DUALSHOCK 4 Wireless Controller bakal tiba pada 6 September 2019 – pada tanda harga sangat menarik iaitu RM259 sahaja. Edisi terhad ini boleh didapati menerusi PlayStation Store – sementara stok masih ada!

Dalam pada itu, SIES juga bakal muncul dengan edisi terhad Gold Wireless Headset dalam kemasan warna Rose Gold pada penghujung bulan Okterber kelak! Ia masih mengekalkan spesifikasi yang sama dengan generasi terdahulu.

Namun apa yang membezakannya adalah kemasan logam Rose Gold pada bahagian kepala dan logo PlayStation timbul pada bahagian dalam. Bagi yang berminat, harga jualan adalah RM449! 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here