DxOMark : Sony Xperia 1 Raih Skor Sebanyak 91 Poin

385
- Iklan -

Sony baru sahaja mengumumkan ketersediaan Sony Xperia 1 untuk pasaran tempatan – dijual pada harga RM4,299. Seperti biasa, setiap peranti mudah alih pasti akan diuji oleh DxoMark untuk menguji kualiti imej.

Melalui perkongsian DxoMark, Sony Xperia 1 dilihat hanya berjaya meraih skor sebanyak 91 poin sahaja – sekaligus berkongsi kedudukan dengan Xiaomi Pocophone F1. Pada keupayaan kamera statik, Sony Xperia 1 mencatatkan skor sebanyak 94 poin, manakala rakaman video pula mendapat skor sebanyak 84 poin sahaja. Bagi bahagian kamera swafoto pula, Sony Xperia 1 berjaya mencapai skor 78 Poin.

Bagi yang berminat, sesi pra-tempah Sony Xperia 1 kini telah pun dibuka bermula sekarang – 6 Oktober 2019! Setiap pra- tempahan didatangkan dengan sejumlah hadiah eksklusif berupa Sony WH-1000XM3 wireless Noise-Cancelling Headphones (bernilai RM1,599) – sementara stok masih ada. So, grab sekarang!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here