Debaran eRacing Grand Prix SEA 2019 Kini Di Peringkat Separuh Akhir – Persaingan Merebut kejuaraan Berprestij

423
- Iklan -

eRacing Grand Prix SEA 2019 pastinya mendapat tempat dalam kalangan peminat tanah air dan kini ia berada pada peringkat separuh akhir yang mana top 45 pemandu akan bertarung bagi mendapatkan tempat di pusingan akhir.

Pusingan separuh akhir ini bakal berlangsung 3 Damansara Shopping Mall pada 17 dan 18 Ogos. Pemandu yang layak akan dibahagikan kepada 3 kumpulan (Merah, Biru dan Hijau) dan akan dilatih oleh pemandu lumba profesional tempatan seperti Adam Khalid, Timothy Yeo dan James Veerapan.

eRacing Grand Prix SEA ini diadakan bagi mengubah pelumba maya ke juara sukan motorsport sebenar. eRacing Grand Prix SEA telah membuat kemunculan pertamanya di Hong Kong tahun lepas telah memberi impak yang positif dan kesannya dirasai di Malaysia juga.

Kereta yang bakal digunakan pada pusingan separuh akhir

eRacing Grand Prix SEA 2019 telah diadakan di Malaysia hasil usaha daripada bekas pelumpa F1 dan juga pengasas Axle Motorsport, Alex Yoong.

Perlumbaan ini telah mendapat sokongan kuat daripada institusi kewangan terkemuka Malaysia iaitu Maybank yang bertindak sebagai penaja utama musim ini di Malaysia. Beberapa penaja lain turut memberikan tanda sokongan seperti Umobile, JD Sports,  Thrustmaster, Spritzer,  Playstation, Whitebox Simulators, Royal Selangor and Razer.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda bolehlah melayari laman sesawang eRacing Grand Prix SEA atau laman rasmi Facebook dengan klik di sini.

__________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here