Dapatkan Peranti Berkapasiti 4,000mAh Samsung Galaxy A10s Pada Harga RM529!

761

Samsung Galaxy A10s yang dilaporkan pada 2 minggu yang lalu, kini telah rasmi dijual di pasaran tempatan dengan tawaran harga RM529.

Galaxy A10s merupakan peranti yang dioptimumkan untuk era komunikasi baru, ia tidak hanya meningkatkan pengalaman tontonan pada paparan Infinity-V bersaiz 6.2 inci HD+ (720 × 1520), di samping juga mempunyai kuasa dalaman yang memuaskan seperti sokongan kapasiti bateri besar 4,000mAh, 2GB RAM dan 32GB ROM yang juga boleh diperluaskan dengan kad microSD sebesar 512GB.

Peranti berkamera 13MP + 2MP pada panel belakang turut hadir dengan sokongan pengimbas cap jari, di samping kamera swafoto 8MP diletakkan pada skrin bertakuk kecil. Sebanyak 3 warna – Hijau, Hitam dan Merah boleh dipilih mengikut kesukaan anda.

Berminat peranti Samsung, boleh beli di:

 

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here