“Concrete Genie” Bakal Tersedia Pada 9 Oktober 2019 – Ditawarkan Pada Harga Bemula RM129

321
- Iklan -

Hai peminat setia Playstation! Ada berita gembira untuk korang ni. Sony Interactive Entertainment Singapore Limited (SIES) kini mengumumkan bahawa permainan “Concrete Genie” bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan bermula 9 Oktober 2019.

Permainan ini boleh didapati pada harga runcit yang disyorkan bermula RM129 untuk edisi Standard Disc Blu-ray dan Edisi Digital Standard. Manakala, edisi Digital Deluxe pula ditawarkan pada harga RM169.

Bagi yang berminat, sesi pra tempahan untuk versi digital telah dibuka dan boleh didapati menerusi Playstation Store. Pembeli terawal berpeluang menerima sejumlah penawaran menarik termasuk Concrete Genie – Denska Dynamic Theme dan Concrete Genie Avatar Set bagi pembelian Edisi Digital Standard. 

Bagi pembelian edisi Digital Deluxe pula didatangkan dengan penawaran lebih hebat termasuk Concrete Genie – Pond Design Pack, The Music of Concrete Genie – Digital Soundtrack, Concrete Genie Digital Art Book dan Concrete Genie – Lighthouse Dynamic Theme sebagai bonus. Untuk maklumat lanjut, layari Playstation Asia

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here