Black Shark Hadir Dengan Poster Acah – Bawa Masuk Peranti Baru Ke Malaysia Pada 3 September 2019?

431
**********

Wowww! Menarik menarik menarik! Black Shark kini merancang untuk membawa masuk sebuah lagi ahli baru ke pasaran tempatan tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, model tersebut masih belum didedahkan secara terperinci.

Memetik poster acah dikongsi menerusi Facebook rasmi Black Shark, ia jelas merujuk kepada Black Shark 2 Pro – memperlihatkan imej penggoda memaparkan pencahayaan LED pada belakang peranti seperti yang pernah tertiris ketika pelancaran di China.

Pelancaran ini bakal diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia pada jam 3 petang hingga 5 petang. Apa perancangan Black Shark untuk kali ini? Sama-sama kita tunggu 3 September kelak! Kekal bersama eRing untuk info terkini!

 

SPESIFIKASI BLACK SHARK 2 PRO

  • PAPARAN : 6.39″ AMOLED FHD+
  • PEMPROSES : Snapdragon 855+
  • MEMORI : 12GB RAM + 256GB ROM (berasaskan UFS 3.0)
  • BATERI : 4,000 mAh + Pengecasan Pantas 27W
  • KAMERA UTAMA : 48MP (f/1.75) dan 12MP (f/2.2)
  • KAMERA DEPAN : 20MP (f/2.0)

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here