Batman: Arkham Knight (PS4) dan Darksiders III (PS4) Tersedia Bagi Muat Turun Percuma Mulai 4 September Di Playstation Plus!!

699
- Iklan -

Siapa sahaja yang tidak suka benda ‘free’ kan?? Ini berita baik buat anda. Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan bahawa mereka akan menyertakan beberapa permainan percuma pada September ini bagi pemain di Malaysia.

Permainan percuma tersebut adalah bagi pengguna Playstation Plus yang mana anda boleh memuat turun permainan percuma ini dari 4 September sehingga 1 Oktober.

Permainan percuma yang ditawarkan adalah Batman: Arkham Knight (PS4) dan Darksiders III (PS4).

Bukan itu sahaja, ia juga akan menyertakan tema kalendar Toro bagi bulan September dan Oktober.

Jadi pastikan anda bersedia pada tarikh berkenaan untuk memuat turun permainan ini.

______________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here