AeternoBlade II Bakal Dilancarkan Untuk PS4, Xbox One & Nintendo Switch Pada Oktober Kelak!

359

PQube dan CoreCell Technology berbesar hati memaklumkan bahawa permainan, AeternoBlade II bakal dilancarkan pada 11 Oktober 2019 – ia dilancarkan khas untuk PS4, XBox One dan Nintendo Switch.

Video trailer juga telah pun dikeluarkan – membolehkan pemain melihat bagaimana permainan menggabungkan adegan aksi dengan platform teka-teki. Pada masa sama, penonton juga berpeluang melihat beberapa watak dan kebolehan yang boleh dilakukan.

Memetik trailer yang dipertontonkan, AetemoBlade II berfokuskan kepada permainan aksi pengembaraan – mempunyai pertempuran sengit dalam mengatasi musuh. Terdapat juga senario pen uh 3D yang membuatkan beberapa pertempuran benar-benar epik. Pemain boleh bermain sebagai tiga watak unik – setiap watak dilengkapi kemahiran luar biasa.

[SUMBER]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here