9.9 Shopee Shopping Day Kembali! Tawaran Berganda Lebih Hebat & Menarik – Bermula 19 Ogos 2019!

348
**********

Shopee hari ini melancarkan pesta beli-belah tahunan terbesarnya, 9.9 Super Shopping Day yang berlangsung bermula 19 Ogos hingga 9 September 2019. Kempen kali ini membawakan lebih tawaran dan diskaun hebat meliputi pelbagai kategori serta jenama terkemuka termasuk Nutox, HP, Photobook Malaysia dan banyak lagi.

Bagi menambah keriangan ramai, Shopee memeriahkan lagi pesta ini dengan menganjurkan pelbagai promosi hebat selama tiga minggu. Lebih menarik, Shopee turut menawarkan penghantaran percuma dengan setiap perbelanjaan minimum RM9. Antara promosi yang diadakan adalah seperti berikut :

9X Shocking Sale – 9 kali sehari, nikmati tawaran serendah RM1

Pek Baucar Hebat RM9.90 – Bayar RM9.90 untuk menikmati baucar daripada Shopee, Agoda, dahmakan, Dal.komm Coffee, ZEN Rooms, Grab, BBQ Chicken, Victoria Station, Kkday, Recommend.my, Muslim Pro, MBO Dunkin Donut serta Teppanyaki. Dapatkan penjimatan sehingga 17x jumlah wang dibelanjakan

One or Not – Motosikal Yamaha, Honda City dan banyak lagi hanya untuk RM1 (Jika pelanggan bukan pembeli terpilih, jaminan bayaran balik penuh akan diberikan

Pemegang Kad Standard Chartered Mastered – Potongan RM15 (minimum pembelian RM120)

Pada masa sama, Shopee turut mengumumkan duta terbarunya iaitu Cristiano Ronaldo. Beliau dikatakan akan bekerjasama dengan Shopee di tujuh pasaran dalam pelbagai aktiviti sekaligus memberi inspirasi kepada orang ramai. Beliau dikatakan turut menyertai pelbagai inisiatif Shopee, antaranya seperti :

Cristiano Ronaldo bintangi iklan TV 9.9 terbaru Shopee : Beliau akan menjadi bintang utama iklan televisyen terbaru Shopee yang bakal bersiaran pada 16 Ogos kelak – di kesemua tujuh pasaran Shopee di rantau ini

Saksikan Cristiano Ronaldo secara langsung di Shopee : Buat kali pertama di Asia Tenggara dan Taiwan, peminat dapat mengenali Cristiano Ronaldo dengan lebih dekat menerusi pelbagai kandungan eksklusif yang terdapat di Shopee Live.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman rasmi Shopee Malaysia. Muat turun aplikasi Shopee secara percuma menerusi :

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here