Peranti Samsung Galaxy Note 10+ ini pastinya sebuah peranti yang dinanti oleh peminat-peminat telefon pintar. Harga dan spesifikasinya adalah suatu yang berbaloi untuk dibeli. Kami senaraikan kepada anda 10 sebab kenapa anda perlu membeli Samsung Galaxy Note 10+!

 

1# Reka Bentuk Mengoda

Sekali padang terus jatuh cinta! Begitulah betapa elegan dan eksklusif rekaan Samsung Galaxy Note10+ ini. Kemasan melengkung dibahagian sisi memberikan keselesaan ketika memegangnya. Lebih menarik kamera hadapan yang diletakkan di tengah-tengah skrin memberikan perspektif baharu. Tiada pada peranti -peranti lain!

 

2# Warna Unik

Seringkali kita melihat warna yang lebih kurang sama pada peranti-peranti lain. tetapi bagi Samsung Galaxy Note 10+ ini, ia dihadirkan warna yang tiada pada peranti lain. Aura Black, Aura white dan yang menjadi idaman buat semua, Aura Glow!!! Meleleh air liur melihat warna ini.

 

3# Skrin Luas

Skrin peranti ini sangat besar dan luas iaitu 6.8 inci QHD+ Dynamic AMOLED memberikan anda kepuasan tontonan. Dengan bezel yang sangat nipis membuatkan ia tampak lebih unggul. Warna yang terhasil juga sangat menakjubkan kerana lebih ‘vibrant’. Lebih menarik Cinematic Infinity Display ini membuatkan anda tak sabar untuk membelinya.

 

4# Pemproses Dan Memori Berkuasa Buat Anda Terbeliak!

Exynos 9825 pastinya antara pemproses yang berkuasa di pasaran ketika ini dan ia dihadirkan pada peranti Samsung Galaxy Note 10+. Anda boleh melaksanakan pelbagai gerak kerja dan bermain game yang memerlukan kesan grafik yang besar. Pastinya tiada sebarang lag.

Hadir dengan 12GB RAM dan 256GB / 512GB ROM tidak dapat dinafikan lagi merupakan aspek memori yang sangat besar. Jadi anda boleh menyimpan aplikasi, gambar atau video serta game dengan banyak!

 

5# Keupayaan Rakaman Video Mengagumkan

Samsung Galaxy Note 10+ ini tampil dengan keupayaan mengagumkan. Rakaman yang sangat stabil membuatkan anda merakam seperti menggunakan stabilizer. Lebih menarik, ia hadir dengan Live Focus Video yang membenarkan anda merakam video dengan pelbagai imej latar yang menarik seperti Bokeh, Color Point dan Glitch.

 

6# Kamera Swafoto Menggiurkan

Kamera swafoto peranti ini tidak mengecewakan apabila hadir dengan 10MP. Anda boleh merakam gambar swafoto dengan lebih natural kerana kedudukan kameranya yang berada di tengah-tengah skrin ini. Hasil gambar juga menakjubkan dan lebih natural.

 

7# Kamera Belakang Yang Amazing

Tampil dengan sistem 4 kamera iaitu 12MP + 12MP + 16MP + 3D Depth membolehkan anda merakam gambar seperti seorang profesional. Fungsi-fungsi menarik juga terdapat kamera Samsung Galaxy Note 10+ ini antaranya Photo, Pro, Food, Live Focus Video, Super Slow-mo dan banyak lagi.

 

8# S Pen Yang Versatil

S Pen pada peranti Samsung Galaxy Note 10+ ini bukan sebarang Pen kerana ia mampu melakukan pelbagai tugasan pada peranti ini. Ia tampil dengan Motion Tracking System yang membenarkan ia melakukan tugasan tanpa perlu menyentuh telefon ini.

Anda boleh mengawal kamera, menonton video dan skrol galeri menggunakan S Pen ini. Anda juga boleh menterjamah tulis yang ditulis pada Note 10+ ini kepada teks.

 

9# AR Doodle Super Awesome!!

Samsung disertakan dengan fungsi AR Doodle yang membenarkan anda untuk melukis Doodle dalam 3D. Ia membenarkan anda mengekspresikan lagi kreativiti disamping menjadikan rakaman anda lebih menyeronokkan.

 

10# Bateri Yang Besar

Samsung Galaxy Note 10+ ini dihadirkan dengan bateri yang sangat besar iaitu 4300 mAh. Lebih teruja apabila ia disertakan dengan pengecasan 45W.

Bagi pengecasan tanpa wayar, ia tampil dengan Wireless Charging 2.0. Jadi anda sudah tiada masalah dengan bateri yang cepat habis. Katakan selamat tinggal kepada powerbank!!!

Tunggu apa lagi, anda boleh mendapatkan peranti Samsung Galaxy Note 10+ yang dijual pada harga RM4199 (256GB) dan RM4799 (512GB).

BELI SIRI GALAXY NOTE 10 DI PAUTAN BERIKUT:

_____________________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here