- Iklan -

Samsung baru sahaja melancarkan peranti terbaharu iaitu Samsung Galaxy Note 10 yang mempamerkan rekaan yang menawan dan spesifikasi yang menakjubkan. Kali ini kami senaraikan penambahbaikan yang hadir pada peranti ini.

Rekaan Yang Unik

Secara luarannya, kita dapat lihat rupa paras Note 10 ini tampil dengan rekaan yang baharu dan eksklusif. Jika anda lihat pada peranti ini, kamera berlubang pada skrin ini diletakkan di bahagian tengah atas. Ia memberikan satu perspektif baharu kepada peranti ini. Rekaan belakang juga tampak lebih selesa untuk dipegang dengan lengkungan yang memudahkan pengguna memegang peranti ini.

Variasi Warna Yang Pelbagai

Warna pastinya memainkan peranan yang penting kerana ia memberikan perasaan yang berbeza ketika memegang peranti ini. Ia juga mengambarkan personaliti pengguna. Kali ini Note 10 tampil dengan beberapa pilihan warna yang menarik iaitu Aura Pink, Aura Black dan Aura Glow. Anda pasti terliur melihatnya.

Kualiti Skrin Yang Menakjubkan

Menarik bagi peranti Samsung Galaxy Note 10 ini, ia dihadirkan dengan skrin 6.3 inci FHD+ Dynamic AMOLED. ia pastinya kualiti tontonan yang lebih baik dan menarik. Warna yang yang dihadirkan adalah lebih menyerlah. Ia sekaligus memberikan kepada anda kepuasan tontonan yang diingini.

Sistem Operasi Yang Terbaharu

Samsung Galaxy Note 10 ini tampil dengan sistem operasi yang terbaharu iaitu Android 9 Pie, One UI. Jadi penggunaan peranti ini akan lebih mudah dengan pelbagai fungsi. Anda akan lebih mudah untuk mengakses peranti ini kerana ia lebih mesra pengguna. Antara muka juga lebih menarik berbanding Note 9 yang dahulu.

Hadir Dengan Pemproses Yang Berkuasa!

Seperti yang diketahui, Samsung Galaxy Note 10 ini hadir cip pemproses yang berkuasa iaitu Exynos 9825 berbanding Galaxy Note 9 yang hadir dengan Exynos 9810. Jadi penggunaan peranti ini boleh dimaksimakan. Ia mampu menjalankan operasi peranti ini dengan lebih lancar tanpa sebarang lag.

Aspek Memori Yang Sangat bagus

hadir dengan 8GB RAM dan 256GB ROM pastinya memudahkan hidup anda. Anda boleh menyimpan lebih banyak fail, gambar ataupun video. Malahan anda juga boleh bermain game tanpa sebarang gangguan. Serius Awesome!!!

Sistem Kamera Yang Mengiurkan

Kamera Samsung Galaxy Note 10 ni bukan ‘biashe-biashe’ apabila ia dihadirkan dengan sistem 3 kamera iaitu 12MP + 12MP + 16MP. Dengan keupayaan kamera ini, pastinya mampu menghasilkan gambar yang lebih berkualiti. Perincian yang lebih banyak juga dapat dirakam menerusi lensa peranti ini. Jadi anda tidak akan terlepas sebarang saat-saat indah.

Rakaman Swafoto

Kamera hadapan peranti ini juga tidak mengecewakan apabila dipertingkatkan kepada 10MP berbanding Note 9 yang tampil dengan 8MP. Jadi anda kini boleh merakam swafoto dengan lebih yakin. Kualiti yang dipamerkan pastinya membuatkan mata yang memandang terus jatuh cinta.

S Pen Yang Dipertingkat

Seperti yang diketahui, siri Galaxy Note 10 ini dihadirkan dengan S Pen. Menariknya ia dihadirkan dengan pelbagai fungsi baharu yang membuatkan penggunaannya lebih mudah kepada pengguna. Menariknya S Pen ini bertindak sebagai alat kawalan dan dihadirkan dengan Motion Tracking System. Jadi anda boleh menggunakan peranti anda tanpa perlu menyentuhnya. Contohnya ketika mengambil gambar. S Pen ini juga mampu untuk bertahan dengan lebih lama

Kepantasan mengecas Yang WOW!!!

Dalam menempuhi kesibukan, kita tidak ada masa untuk menunggu peranti kita yang mengambil masa untuk di cas penuh. Namun jangan bimbang kerana Samsung Galaxy Note 10 ini hadir dengan kapasiti 3500mAh dengan 25W Super Fast Charging. Ia pastinya mampu mengecas dengan sangat pantas untuk kegunaan anda seharian.

Samsung Galaxy Note 10 ini telah dilancarkan dan dijual pada harga RM 3699. Manakala terdapat 1 lagi model iaitu Galaxy Note 10+ yang dijual pada harga RM4199 (256GB) dan RM4799 (512GB).  Jadi sama-sama kita nantikan kehadirkan peranti ini bagi pasaran Malaysia!!!

Berminat, boleh beli di:

______________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here