[ WASPADA ] Senarai 7 Aplikasi Dibuang Dari Google Play Store Diatas Sebab Mengintip Penggunanya

1229

Syarikat keselamatan Avast baru-baru ini telah menemui senarai 7 aplikasi yang mengancam keselamatan pengguna, di mana aplikasi tersebut didapati mengintip penggunanya. Perkara ini telah dilaporkan kepada pihak Google, dan tindakan serta merta juga diambil dengan membuang semua aplikasi yang disebut.

 

Walaupun 7 aplikasi ini sudah dibuang dari Play Store, namun dilaporkan bahawa aplikasi tersebut telah dimuat turun sebanyak 130 ribu kali. Menurut Avast, aplikasi ini bukan sahaja menjejaki pengguna malah juga mengintip aktiviti pengguna menerusi peranti pintar mereka.

Sekiranya anda pernah menggunakan aplikasi ini, atau masih menyimpan dalam peranti pintar, disarankan segera membuang aplikasi ini supaya tidak menjadi mangsa dalam kejadian ini.

Berikut adalah senarai 7 aplikasi yang dibuang:
  • Track Employees Check Work Phone Online Spy Free
  • Spy Kids Tracker
  • Phone Cell Tracker
  • Mobile Tracking
  • Spy Tracker
  • SMS Tracker
  • Employee Work Spy

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here