Vivo S1 Bakal Hadir Dengan Kapasiti Bateri 4500mAh, Ultra Game Mode – Beri Pengalaman Bermain Game Yang Maksima !

1298
- Iklan -

Vivo S1 bakal menjengah ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. 1 maklumat baharu yang diketahui adalah ia bakal tampil dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 4500mAh dan disertakan dengan teknologi pengecasan pantas dual engine. Jadi anda tidak perlu lagi membawa bank kuasa.

Dengan kapasiti yang besar ini memberikan kepada anda keseronokkan yang terbaik kerana peranti ini tampil dengan Ultra Game Mode. Jadi pengalaman bermain game menggunakan peranti ini sangat baik!

Satu lagi ciri tambahan adalah Game Countdown floating window yang akan mengingatkan pemain tentang baki masa sebelum permainan bermula. Jadi anda boleh melakukan perkara lain sebelum permainan bermula.

Apabila berbicara tentang kepantasan, Vivo S1 ini hadir dengan Multi-Turbo Acceleration engine yang memberikan kawalan permainan yang sangat lancar.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang Vivo Malaysia atau Facebook rasmi Vivo Malaysia.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here