[ Ura- Ura ] : Binaan Sisi HUAWEI Mate 30 Pro Dikatakan Lebih Melengkung Daripada Biasa?

607
- Iklan -

Semakin ‘mengganas’…Berita ketirisan mengenai pewaris baru HUAWEI iaitu HUAWEI Mate 30 semakin banyak membanjiri media sosial. Setiap hari pasti ada sahaja maklumat tertiris didedahkan.

Baru-baru ini terdapat imej tersebar didakwa memaparkan kaca skrin HUAWEI Mate 30 Pro. Memetik imej bocor, HUAWEI Mate 30 Pro mungkin didatangkan dengan binaan sisi yang unik. Jika diteliti, ia memiliki lengkungan yang ketara berbanding generasi sebelum ini – sisi lengkungan mencecah sehingga 90 darjah. Selain itu, HUAWEI Mate 30 Pro juga dipercayai menyertakan rekaan takuk.

Seperti biasa, maklumat tertiris masih rumors dan masih belum dipastikan kesahihannya. Jadi, sama-sama kita tunggu kemunculan peranti ini dan kekal bersama eRing untuk info lebih terkini!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here