[TERTIRIS] : Spesifikasi Penuh HONOR 9X & HONOR 9X Pro Muncul Di Media Sosial

759
- Iklan -

Sedia maklum, HONOR bersedia memperkenalkan ahli baru iaitu HONOR 9X pada 23 Julai kelak. Menjelang pelancaran rasmi, semakin banyak maklumat berkaitannya mula dikupas. Terbaru, spesifikasi penuh untuk HONOR 9X dan HONOR 9X Pro dikatakan telah tertiris secara meluas di arena web.

[ BACA : HONOR Terus Mengacah Kehebatan HONOR 9X – Prestasi Luar Biasa & Jangka Hayat Bateri Lebih Panjang ]

Memetik kebocoran, HONOR 9X dan HONOR 9X Pro didatang dengan saiz paparan yang sama – bersaiz 6.59 inci dengan resolusi FHD+ (2340 x 1080 piksel) dan nisbah aspek 19.5: 9. Kedua-dua model bakal dibina dengan rekaan pop-up menempatkan kamera hadapan sebesar 20MP.

Untuk enjin dalaman, HONOR 9X dan HONOR 9X Pro bakal menggunakan cipset Kirin 810 sebagai tunjang utama. Meskipun kedua-dua model dikuasakan bateri yang sama iaitu 4,000 mAh, namun HONOR 9X menyokong pengecasan pantas 10W. Manakala, untuk model pro pula dilengkapi sokongan pengecasan pantas 22.5W.

Dari segi penggambaran, HONOR 9X bakal mempunyai ketersediaan tiga kamera utama dengan gabungan lensa : 24MP (main) + 8MP + 2MP (depth). HONOR 9X Pro juga dilengkapi tiga kamera utama tetapi dibekal dengan lensa 48MP (main) + 8MP + 2MP (depth).

[BACA : HONOR Band 5 Bakal Terima Ciri Baru? Dijangka Diperkenal Bersama HONOR 9X? ]

Maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Pun begitu, apa pendapat anda mengenai ketirisan maklumat ini? Kongsikan dengan kami! Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here