[TERTIRIS] : Gambaran Reka Bentuk Penuh Samsung Galaxy Note 10 Tersebar Meluas

301
**********

Kurang dari sebulan, Samsung bakal memperkenalkan ahli baru mereka iaitu Samsung Galaxy Note 10. Sedia maklum, Samsung bakal melancarkan peranti ini pada 7 Ogos 2019 (Malaysia : 8 Ogos 2019) dalam sebuah Acara Galaxy Unpacked 2019.

Menjelang pelancaran rasmi, beberapa imej bocor didakwa memaparkan reka bentuk penuh Samsung Galaxy Note 10 mula tersebar meluas di media sosial. Imej tersebut menunjukkan Samsung Galaxy Note 10 bakal membawakan kemasan warna gradient lebih segar dan nampak eksklusif.

Selain itu, panel hadapan tampil dengan rekaan skrin berlubang bersama ketersediaan kamera swafoto pada bahagian tengah. Bezel pada bahagian atas peranti lebih nipis. Panel belakang pula tampil dengan persediaan tiga kamera yang disusun secara menegak pada bahagian kiri.

Terdapat ketersediaan LED Flash – namun diletakkan bersebelahan lensa. Jika diteliti, tiada ketersediaan pengimbas cap jari fizikal – memberi gambaran ia berkemungkinan mempunyai pengimbas cap jari ultrasonik dalam paparan. Apa pendapat anda mengenai reka bentuk ini? Kongsikan dengan kami!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here