[TERTIRIS] : ASUS ROG Phone 2 Muncul Di Laman TEENA – Bakal Dilengkapi Bateri 5,800 mAh?

557

Lagi…Lagi…Dan lagi! ASUS ROG Phone 2 kini sekali lagi menjadi bualan warganet. Maklumat terbaru mendedahkan pendatang baru ASUS itu kini telah muncul di laman TEENA – sekaligus mendedahkan beberapa spesifikasi utama.

Penyenaraian TEENA mendedahkan – ASUS ROG Phone 2 muncul dengan kod nama ASUS_I00DA bakal dilengkapi dengan paparan bersaiz 6.59 dan bateri berkapisiti 5,800 mAh. Jika perkara ini benar, ia menjadikan ROG Phone 2 dijangka tiba dengan kapasiti bateri yang cukup besar.

Disamping itu, imej reka bentuk peranti juga kini turut tertitis – kelihatan binaan bezel yang nipis pada bahagian atas dan bawah peranti. Tiada pengimbas cap jari fizikal pada panel belakang – sekaligus memberi gambaran ia bakal mempunyai sensor cap jari terbina pada skrin.

Pun begitu, maklumat tertiris masih lagi rumors dan belum diketahui kesahihannya. Apa agaknya kejutan bakal dirancang oleh ASUS? Sama-sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini!

[SUMBER]

————————————————————————————————

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here