Terjemahan Teks Melalui Kamera Di Aplikasi Google Translate Terima Kemas Kini – Sokong Lebih 100 Bahasa

560
- Iklan -

Aplikasi Google translate semakin relevan untuk digunakan pada zaman kini. Ia memberikan banyak kebaikan dalam kehidupan seharian terutamanya memudahkan pengguna mendapatkan terjemahan bahasa yang berbeza. Kini, aplikasi ini menerima beberapa kemas kini baru bagi menjadikannya lebih berguna kepada umum.

 

Sokong Terjemahan Lebih 100 Bahasa

Ini bukan gimik! Tapi betul-betul. Terjemahan melalui kamera di aplikasi Google Translate kini menyokong lebih daripada 100 bahasa. Antaranya termasuklah Bahasa Arab, Hindi, Bahasa Melayu, Thai, Vietnam dan banyak lagi. Lebih mengujakan, ia juga menyokong terjemahan ke bahasa lain secara meluas (tidak terhad Bahasa Inggeris sahaja).

 

Kesan Bahasa Secara Automatik

Kemas kini baru pada aplikasi Google Translate juga memudahkan anda terutamanya ketika berada di perantauan. Ia kini mampu mengesan bahasa secara automatik – pengguna hanya perlu memilih “Kesan bahasa” sebagai bahasa sumber dan aplikasi akan mengesan bahasa sekaligus menterjemah secara automatik.

 

Dikuasai Oleh Neural Machine Translation ( NMT) – Terjemahan Lebih Baik

Teknologi Neural Machine Translation kini telah dibina pada aplikasi Google Translate – menghasilkan terjemahan lebih tepat dan mengurangkan kesilapan sebanyak 55 hingga 85 peratus bagi sesetengah bahasa.

Antaramuka Baru

Aplikasi Google Translate turut menerima antaramuka baru yang lebih mesra pengguna – menjadikannya lebih mudah difahami. Terdapat tiga ciri untuk terjemahan teks melalui kamera pada aplikasi yang disusun rapi pada bahagian bawah aplikasi :

  • Segera – Menterjemah teks bahasa apabila kamera dihalakan secara terus
  • Imbas – Ambil gambar dan pengguna boleh memilih teks yang ingin diterjemah
  • Import – Membolehkan pengguna menterjemah teks menggunakan gambar daripada peranti.

Muat turun aplikasi Google Translate secara percuma menerusi :

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here