Sony Perkenal RX100 VII – Bakal Tiba Di Pasaran Tempatan Pada Pertengahan September 2019!

663
- Iklan -

Sony kini hadir dengan penawaran produk baharu iaitu, RX100 VII – sebuah kamera kompak dipenuhi dengan ciri fotografi kelas professional yang canggih. Dari segi binaan rekaan, RX100 VII masih mengekalkan rupa fizikal yang sama.

Kamera bersaiz poket ini diperkasa dengan sensor 1.0” tetapi dilengkapi sensor Exmoe RS yang bagi dengan resolusi 20.1MP. Keistimewaan lain pada kamera ini – ia diperkasa oleh perproses imej Bionz X. Sistem autofokus RX100 VII disokong oleh 375 fasa mengesan titik AF dan 425 unit pengesanan kontras. Kelajuan fokus didakwa sebagai yang paling pantas di dunia pada 0.02s.

Kamera ini memiliki focal length / panjang fokal tetap dengan format 35mm dalam julat 24-200mm dengan aperture f/2.4 – 4.5. RX100 VII juga boleh merakam video pada resolusi sehingga 4K dengan sokongan HDR. Bagi yang berminat, Sony RX100 VII bakal tiba ke pasaran tempatan pada pertengahan September kelak! Layari, laman web Sony untuk lebih info lanjut.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here