Siri OPPO Reno Menjadi Salah Satu Yang Pertama Pamer Keupayaan 5G Di Malaysia – Kelajuan Muat Turun Mencapai 1.2Gbps

397
Kemas kini rangkaian 5G menjadi topik hangat yang dibincangkan oleh ramai pihak seluruh dunia. 5G membawakan penambahbaikan dari segi kelajuan – menjadi pelan jangka masa panjang dalam kemajuan teknologi negara.
OPPO menjadi salah satu peranti pintar pertama mempamerkan keupayaan 5G ketika majlis pelancaran 5G Live Cluster Field Trial yang diadakan oleh Celcom Malaysia, baru-baru ini. OPPO Reno 10X Zoom dilihat memperoleh kelajuan muat turun mencapai 1.2Gbps – mempamerkan pretasi 5G yang sangat baik. Perkara ini sekaligus membuktikan bahawa OPPO telah menjadi perintis dalam era 5G di Malaysia.

 

 

Ketua Pegawai Eksekutif OPPO Malaysia, William Fang berkata kemunculan kemas kini 5G di Malaysia mampu memberi peluang untuk kita beerinovasi lebih jauh dengan teknologi telefon pintar. Dengan kerjasama Celcom, pihaknya begitu teruja menjadi sebahagian daripada ujian kelajuan 5G.

 

Tambah beliau, OPPO juga bekerjasama dengan beberapa jenama terkemuka seperti Qualcomm dan Ericsson bagi memastikan peranti 5G mereka sentiasa dalam prestasi terbaik. OPPO turut menyasarkan untuk menjadi syarikat telefon terkemuka dalam era 5G dan berusaga menyediakan pengalaman yang terbaik kepada pengguna.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here