Siri HONOR 9X Kini Rasmi – Dijual Pada Harga Bermula RM837

936
**********

HONOR baru sahaja melancarkan peranti terbaharunya iaitu siri HONOR 9X iaitu HONOR 9X Pro dan HONOR 9X yang pastinya memberikan pretasi yang terbaik. Bakal dijual pada harga bermula dari RMB1399 (kira-kira RM837).

Menariknya kedua-dua peranti ini dilihat persis sama dengan beberapa perbezaan dari aspek spesifikasi.

Kedua-dua peranti ini dikuasakan dengan Kirin 810. Tampil dengan aspek memori yang sangat baik iaitu sehingga 8GB RAM dan storan sehingga 256GB.

Paparan peranti ini juga sangat baik apabila dihadirkan dengan saiz 6.59 inci Full HD+ display. Sekaligus memberikan kepuasan tontonan kepada pengguna.

Kamera juga tidak mengecewakan apabila HONOR 9X hadir dengan dwi kamera iaitu bagi kamera belakang. Manakala bagi HONOR 9X Pro hadir dengan tri-kamera iaitu 48MP + 8MP + 2MP.

Tampil dengan sistem pop-up kamera yang mana ia disertakan dengan 16MP bagi kamera hadapan.

Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila dihadirkan dengan 4000mAh (USB-C). Pastinya mampu untuk bertahan seharian.

Dalam pada itu, peranti ini turut mempamerkan spesifikasi gaming yang baik apabila hadir dengan GPU Turbo 3.0.

Menariknya bagi HONOR 9X Pro, ia hadir dengan sistem penyejukkan yang dikenali sebagai The Nine.

Terdapat 2 varian yang bakal dijual bagi 9X Pro iaitu 8GB + 128GB yang bakal dijual pada harga RMB2199 (kira-kira RM1316). Manakala bagi varian 8GB + 256GB, ia dijual pada harga RMB2399 (kira-kira RM1435.71)

Bagi HONOR 9X pula, terdapat 3 varian iaitu 4GB + 64GB akan dijual pada harga RMB1399 (kira -kira RM837). Bagi varian 6GB + 64GB pula dijual pada harga RMB1599 (kira-kira RM957). Manakala bagi 6GB + 128GB ia bakal dijual pada harga RMB1899 (kira-kira RM1136).

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here