Sertai Peraduan ‘Beyond Your Vision Photography Contest’ Dari OPPO – Menangi Hadiah Berjumlah Sehingga RM95 Ribu!!

533
- Iklan -

Jenama peranti pintar terkenal OPPO yang baru sahaja melancar peranti pintar terbaharunya OPPO Reno 10x Zoom kini bakal melaksanakan peraduan ‘Beyond Your Vision Photography Contest’. Menariknya, pemenang bakal membawa pulang peranti siri OPPO Reno dan hadiah bernilai sehingga RM95 ribu.

Peraduan ini bakal bermula dari 22 Julai sehingga 21 Ogos 2019. Terdapat beberapa kategori yang bakal dipertandingkan iaitu Story of The World, Story of Creativity, Story of The Night, Story of The People dan Story of Patriotism.

Setelah anda mengetahui kategori yang ingin disertai, anda boleh merakam gambar menggunakan peranti OPPO. Jangan lupa untuk mengaktifkan Watermark. Anda boleh memuatnaik gambar-gambar tersebut di Instagram dengan meletakkan tanda pagar #BeyondYourVision #OPPORenoSeries serta tanda pagar bagi kategori yang anda sertai iaitu #StoryofTheWorldxOPPOmy, #StoryofCreativityxOPPOmy, #StoryofTheNightxOPPOmy, #StoryofThePeoplexOPPOmy dan #StoryofPatriotismxOPPOmy. Pastikan akaun anda ditetapkan sebagai public.

Pelbagai hadiah bakal dimenangi oleh anda termasuklah OPPO Reno Barcelona Limited edition dengan 10x Hybrid Zoom bagi pemenang kategori. Bagi pemenang hadiah istimewa pula bakal membawa pulang Coros PACE GPS Multisport Watch. Pemenang hadiah cemerlang pula akan mendapat Gimbal Stabilizer dan Barangan eksklusif OPPO untuk pemenang Hadiah Saguhati.

Antara juri yang bakal mengadili peraduan ini adalah jurugambar selebriti, Keda. Z Feng, Top 30 Jurugambar Asia, Alex Tan dan jurugambar profesional alam semula jadi khusus dalam lanskap dan astronomi, Grey Chow.

Pemenang akan diumumkan pada 22 Ogos 2019 menerusi laman sesawang OPPO dan sosial media OPPO seperti Facebook. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, layari laman sesawang OPPO Malaysia.

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here