- Iklan -

Vivo S1 sudah menjadi sebutan ramai sejak beberapa minggu lalu, namun secara fizikal ia baru sahaja dilancarkan untuk pasaran tempatan pada hari ini. Sungguh cantik! Itulah reaksi yang terkeluar daripada bibir penulis saat pertama kali memandang peranti ini.

Vivo S1 mempunyai daya tarikan tersendiri yang direka serba lengkap bagi penuhi gaya hidup masa kini. Termasuk kamera swafoto sangat hebat, kapasiti bateri yang besar dan tiga kamera dengan fungsi berbeza.

 

SPESIFIKASI RINGKAS PERANTI 

  • FunTouch OS 9 + Android 9 Pie
  • 6.38″ Super AMOLED FHD+
  • MediaTek Helio P65
  • 6GB RAM + 128GB ROM
  • Kamera Utama: 16MP Sony IMX449 (f/1.78) + 8MP (f/2.2) + 2MP (f/2.4)
  • Kamera Hadapan: 32MP (f/2.0)
  • Bateri 4,500mAh (microUSB) + Dual-Engine Fast Charging
  • In-Display Fingerprint Scanning, Ultra Game Mode
  • Skyline Blue / Diamond Black
  • Harga RM1,099

 

FIZIKAL PERANTI:

1) BAHAGIAN HADAPAN

Untuk reka bentuk, vivo dilihat begitu bijak membuat padanan – peranti ini menggunakan paparan 6.38″ Super AMOLED dengan resolusi FHD+ bersama nisbah skrin ke badan mencapai 90%. Ia juga tampil unik dengan rekaan bertakuk seumpama titisan air bagi menempatkan kamera hadapan sebesar 32MP.

Vivo S1 menyertakan sistem imbasan cap jari terbina di dalam skrin paparan (In-Display Fingerprint Scanning) sekaligus memberikan ia kelihatan lebih premium.

 

2) BAHAGIAN BELAKANG

Binaan belakang vivo S1 menggunakan warna gradient serba baharu – menampilkan permukaan berkilat sekaligus menyerlahkan lagi rupa peranti. Terdapat persediaan tiga kamera dipasang secara menegak di sebelah kiri panel belakang dan terdapat lampu LED Flash diletakkan dalam ‘rumah’ yang sama. Kamera utama ini membawakan gabungan lensa 16MP (Sony IMX449) + 8MP (wide angle : 120 darjah) + 2MP.

 

3) BAHAGIAN SISI

Untuk rekaan sisi, ia didatangkan dengan bingkai kerangka logam. Sisi kiri menempatkan satu slot untuk kad dan butang fizikal Google Assistant. Sementara itu, butang kuasa dan laras suara ditempatkan pada bahagian kanan dengan kedudukan yang mudah digapai.

Tiada sebarang sambungan pada bahagian atas. Kerangka bingkai bawah pula dimuatkan dengan pembesar suara mono, sambungan mikroUSB, ruang mikrofon pertama dan bicu audio 3.5mm.

 

4) SISTEM OPERASI & BATERI

Vivo S1 dioperasikan oleh Android 9 Pie dan antaramuka FunTouch OS 9 terus daripada kotak. Antaramuka ini kelihatan lebih segar dan mesra pengguna – terdapat sokongan Always-On display, mod tema gelap, mod kecantikan dalam aplikasi, mod video pendek dan banyak lagi.

Ikon juga lebih bulat dan menarik menjadikan paparan lebih semula jadi – bentuk ikon boleh diubah suai mengikut keselesaan. Selain itu, vivo turut menambahkan beberapa animasi baru untuk pembaca cap jari pada skrin.

Untuk bateri, peranti ini dibekalkan bateri berkapasiti yang besar iaitu 4,500mAh bersama teknologi pengisian mantap – teknologi Dual Engine Fast Charging.

 

5) VARIASI

Untuk variasi, vivo S1 ditawarkan dalam satu variasi sahaja iaitu 6GB RAM + 128GB ROM (terdapat sokongan microSD). Bagi memberikan lebih pilihan kepada pengguna, peranti ini didatangkan dalam dua kemasan warna menarik iaitu Skyline Blue dan Diamond Black. Bagi yang berminat, vivo S1 ditawarkan pada harga RM1,099 dan sesi pra-tempahan kini telah pun dibuka sehingga 26 Julai 2019!

 

HASIL GAMBAR 

 

Berminat vivo S1, boleh beli di:

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here