Sarung Pelindung Samsung Galaxy A90 ‘Bocor’ – Dedah Rekaan Depan & Belakang Peranti

396
**********

Kita sudah pun mendengar mengenai Samsung Galaxy A90 sejak beberapa bulan lalu. Setelah seakan ‘senyap’ seketika, kini maklumat mengenainya muncul kembali membanjiri media sosial. Beberapa imej didakwa memaparkan sarung pelindung Samsung Galaxy A90 kini tersebar meluas – sekaligus mendedahkan paparan hadapan dan belakang peranti.

Memetik imej tersebar, peranti ini dilihat membawakan paparan hadapan penuh tanpa sebarang takut. Jika diteliti, atas peranti terdapat garis kecil bewarna hitam – ramai berspekulasi ia bakal menyokong rekaan pop-up.

Belakang peranti, kelihatan tiga kamera utama disusun secara menegak . Khabar angin mengatakan ia mungkin menyokong persediaan 48MP + 12MP + 5MP dengan ciri “Tilt OIS”. Tiada pengimbas cap jari fizikal ditemui – berkemungkinan sokong pengimbas cap jari pada paparan.

Terdahulu, terdapat desas-desus mengatakan Samsung Galaxy A90 dijangka akan hadir dalam dua variasi iaitu 4G dan 5G. Spesifikasi Samsung Galaxy A90 versi 5G dikatakan telah muncul di platform penanda aras Geekbench – sokong Snapdragon 855 , memori 6GB RAM dan sokong Android 9 Pie.

Walau bagaimanapun, seperti biasa maklumat tertiris masih lagi rumors dan masih belum diketahui mengenai kesahihannya. Sama-sama kita tunggu dan kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

[SUMBER] , [SUMBER 1]

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here