Samsung Galaxy A80 Kini Boleh Didapati Di Kedai Rasmi Samsung Di Shopee, Dijual Pada Harga RM2499

263
**********

Buat peminat Samsung yang ingin memiliki peranti terbaharu daripada mereka iaitu Galaxy A80, ini berita baik buat anda kerana kini anda boleh membeli peranti ini di laman sesawang Shopee.

Menariknya, melalui pembelian Galaxy A80 ini yang dijual pada harga RM2499, anda akan menerima bungkusan edisi khas BlackPink dan penawaran Galaxy Fit masing-masing bernilai RM449 dan RM369 secara percuma.

Galaxy A80 merupakan peranti yang sangat baik dan unik. Hadir dengan skrin bersaiz 6.7 inci dan dikuasakan oleh cip pemproses Snapdragon 730. Turut dihadirkan dengan 8GB RAM dan 128GB storan.

Menariknya mengenai peranti ini adalah kameranya yang boleh diputarkan secara automatik. Justeru kamera belakang boleh diputarkan untuk menjadi kamera hadapan. Hadir dengan sistem tri-kamera iaitu 48MP + 8MP (Ultra Lebar) + ToF. Kapasiti bateri juga tidak mengecewakan apabila hadir dengan 3700mAh.

Kepada yang berminat boleh terus melayari kedai rasmi Samsung di Shopee. Galaxy A80 ini mula dijual pada 12 Julai Jam 10 pagi.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here