Samsung Galaxy A80 Ditawarkan Pada Harga RM2,499? ~ Sesi Pra -Tempahan Kini Dibuka!

851
- Iklan -

Sebelum ini kami pernah berkongsi artikel mengenai Samsung Galaxy A80 bakal dipasarkan bermula Julai – namun belum ada sebarang maklumat didedahkan untuk penawaran di pasaran tempatan.

Walau bagaimanapun, muncul satu kejutan apabila penjual tempatan, Direct D kini mula membuka sesi pra-tempahan untuk peranti berkenaan. Menerusi posting Direct D di Facebook, Samsung Galaxy A80 ditawarkan pada harga RM2,499 (8GB + 128GB).

SAMSUNG GALAXY A80 – LATEST model by Samsung Price is RM2499. PRE-order now & receive 3 EXCLUSIVE FREEBIES (ETA, 13…

Posted by DirectD on Khamis, 4 Julai 2019

 

Lebih menarik, setiap pembelian didatangkan dengan penawaran sejumlah hadiah eksklusif termasuk professional tripod, Samsung MG-920 Bluetooth Headset dan Samsung Glass Bottle. Selain itu, waranti selama setahun turut di tawarkan.

Tersedia dalam tiga warna menarik seperti Angel Gold, Ghost White dan Phantom Black, peranti ini dijangka tersedia bermula 13 Julai 2019. Untuk maklumat lanjut, layari Direct D. Kekal bersama eRing untuk lebih info terkini.

 

SPESIFIKASI SAMSUNG GALAXY A80 : 

  • Paparan 6.7″ FULL HD+
  • 8GB RAM + 128GB ROM
  • Snapdragon 730
  • Android 9.0 (Pie), Dual sim slot
  • 3700 mAh battery + Fast charging
  • Kamera Utama : 48MP+8MP+TOF 3D
  • Modul kamera utama yang diputar – digunakan untuk kamera selfie
  • ORIGINAL set – waranti selama setahun (Samsung Malaysia)
- Iklan -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here