- Iklan -

Dimasa kini terdapat pelbagai jenis reka bentuk peranti pintar yang tersedia di pasaran. Semuanya dihasilkan bagi memenuhi citarasa pengguna yang pelbagai. Tapi, jika korang jenis yang mementingkan sesuatu mampu milik dengan rupa menarik serta fungsi baik, ada baiknya pertimbangkan vivo S1!

Bukan sahaja cantik! Malah ia juga disertakan ciri menarik yang pasti dapat memukau pemiliknya. Masih ragu- ragu sama ada pilihan terbaik atau tidak? Di sini kami senaraikan “something cool” mengenai vivo S1 – Rugi besar kalau korang tak tahu dan paling rugi kalau tak beli!

:: APA DALAM KOTAK ::

Vivo S1 didatangkan dengan:
  • USB Power Adapter
  • MicroUSB to USB Cable
  • Quick Start Guide
  • Earpieces
  • SIM Ejector
  • Protective Case
  • Protective Film (applied)

:: APA YANG COOL ::

01 PAPARAN LUAS

Salah satu keistimewaan pada vivo S1 adalah ia dibekal paparan luas bernisbah 19:5:9 bersaiz 6.38 inci Super AMOLED FHD+ dengan nisbah skrin-ke-kerangka mencecah 90%. Terdapat takuk kecil pada paparan hadapan. Paparan luas ini sememangnya sesuai untuk kandungan video dan multimedia – dengan saiz bezel yang nipis sememangnya menyerlahkan lagi rekaan hadapan peranti.

Skrin Bernisbah 19:5:9 – Saiz 6.38 inci FHD+

Belakang peranti kelihatan premium dengan sentuhan yang indah. Tiada pengimbas cap jari kelihatan, ia terbina terus di dalam paparan. Rekaan peranti dibina ergonomik untuk setiap sudut. Boleh dikatakan “ngam-ngam” dipegang. Untuk ulasan lanjut mengenai fizikal peranti, korang boleh baca artikel SEKILAS PANDANG kami.

 

02 CIPSET BAIK

vivo S1 menggunakan cip pemproses MediaTek HelioP65 sebagai tunjang utama. Ia merupakan cip lapan-teras 12nm terdiri daripada 2x teras Cortex-A75 dan 6x teras Cortex-A55. Prestasi AI turut ditingkatkan 2x – menawarkan sehingga 30% prestasi lebih pantas. Secara peribadi, cip ini mampu berfungsi dengan baik dan memberikan prestasi harian yang lancar.

MediaTek HelioP65

Bagi memori, vivo S1 digandingkan dengan RAM sebesar 6GB dan storan dalaman 128GB – dirasakan memadai untuk peranti dengan segmen harga sebegini. Untuk zon ujian, kami sempat menjalankan beberapa ujian penanda aras ke atas peranti. Hasil ujian adalah seperti di bawah :

Hasil Ujian Penanda Aras : Antutu & Geekbench 4

 

03 BATERI BESAR

Sedia maklum, salah satu ciri utama yang diketengahkan pada vivo S1 adalah sokongan bateri dengan kapasiti besar iaitu 4,500 mAh. Secara peribadi, ketahanan bateri agak baik – mampu bertahan sehingga 2 hari untuk pengunaan sederhana dan sehari suntuk dengan penggunaan tegar. Pengguna juga tidak perlu menunggu lama untuk proses pengecasan semula dengan adanya teknologi Dual-Engine Fast Charging – berupaya menyingkatkan tempoh pengecasan.

 

04 ANTARAMUKA FRESH

Vivo S1 menggunakan sistem operasi Android 9 Pie dengan sentuhan antaramuka Funtouch OS 9 terus daripada kotak – Antaramuka ini menawarkan beberapa penambaikan pada rekaan serta tampil lebih warna-warni.

Susun Atur Lebih Kemas

Susun atur lebih kemas dan ikon menarik serta bulat menjadikan paparan kelihatan semula jadi – boleh diubahsuai dengan mudah.Ruang notifikasi diakses melalui tatalan atas ke bawah dan pintasan fungsi boleh didapati menerusi tatalan bawah ke atas. Secara peribadi, tiada masalah berat dialami penulis sepanjang tempoh pengguna,malah ia boleh dikatakan sedap mata memandang.

Antaramuka Peranti

 

05 SISTEM KESELAMATAN

Bagi tujuan keselamatan, vivo S1 menyokong fungsi pengimbas cap cari (Screen Touch ID Fingerprint Sensor) dan sistem imbasan wajah – ia sekaligus dapat memberikan pengguna lebih pilihan. Lebih menarik, vivo turut menyertakan beberapa animasi menarik untuk tetapan fungsi pengimbas cap jari. Sebagai tambahan, sistem keselamatan seperti Swipe, Paten, kod PIN dan kata laluan masih disediakan.

Animasi menarik untuk tetapan fungsi pengimbas cap jari
Animasi menarik untuk tetapan fungsi pengimbas cap jari

 

06 TIGA SLOT SIM

Kelebihan lain pada vivo S1 adalah peranti ini hadir dengan dulang kad dengan sokongan tiga slot. Melaluinya, pengguna boleh menempatkan dua slot kad SIM bersaiz nano dan juga kad microSD secara serentak.

 

07 ULTRA GAME MODE

Untuk kaki gaming, vivo S1 dilengkapi sokongan Ultra Game Mode dengan mod multi-turbo –  mengurangkan frame-drop hingga 300% dan mengoptimumkan sumber sistem untuk prestasi permainan lebih baik. “Game Countdown” juga disertakan berfungsi sebagai peringatan sebelum permainan bermula.

Ultra Game Mode

 

08 LENSA KAMERA

Salah satu yang menjadi tanda ukur utama vivo S1 sudah tentu sokongan kameranya – terutama pada kamera selfie dengan lensa tunggal sebesar 32MP. Untuk kaki selfie, vivo S1 boleh dikatakan antara smartphone terbaik. Kecerahan boleh dilaras mengikut suasana. Dengan bantuan AI Portrait Framing, ia membantu menyerlahkan setiap butiran sekaligus menghasilkan tangkapan foto yang indah.

Takuk Kecil Menempatkan Kamera Hadapan – 32MP

Selain itu, vivo S1 juga dilengkapi sokongan tiga kamera utama yang baik – dengan gabungan lensa 16MP Sony IMX449 (f/1.78) + 8MP (f/2.2) (AI Super Wide-Angle) + 2MP (f/2.4). AI Super Wide-Angle membolehkan pengguna merakam gambar bersudut luas sehingga 120 darjah – sekaligus membenarkan lebih banyak subjek dimuatkan dalam satu frame. Kualiti terhasil berada pada tahap baik dengan kemasan stuktur terperinci.

Kamera UI

Kamera vivo S1 turut diselitkan pelbagai mod kamera lain untuk memperkaya pengalaman fotografi penggunanya – termasuk Fun Video, AR Stickers dan banyak lagi. Bagi yang belum familiar, fun video merupakan fungsi yang membolehkan pengguna menggunakan ciri seakan-akan pada instastory dan edit untuk menjadikannya lebih menarik.

 

HASIL GAMBAR (**swipe left)

 

KOMEN EDITOR

Dengan sejumlah penawaran ini, secara tidak langsung meletakkan vivo S1 dalam kelas tersendiri dan memiliki keunikan menarik berbanding peranti sedia ada di pasaran – penulis yakin ia pasti digilai ramai. Harganya? Vivo S1 serba baharu ini dijual pada RM1,099 dan ia berbaloi untuk disambar!  Vivo S1 ditawarkan pada ‘saku mampu milik’ namun ia mempunyai impak luar biasa. Maklumat lanjut, layari vivo Malaysia.

Berminat vivo S1, boleh beli di:

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here