- Iklan -

Siapa sahaja yang tidak mengenali jenama peranti terkemuka dari Korea Selatan ini, Samsung. Pastinya Samsung sentiasa memberikan peranti yang terbaik buat penggunanya di semua peringkat. Terkini peranti terbaharu daripada Samsung iaitu Samsung Galaxy A80 merupakan yang pertama dari keluarannya yang tidak dihadirkan dengan takuk dan mempunyai sistem pop-up kamera berputar. jadi berbaloikah peranti
ini dimiliki atau harganya yang dianggap ‘terlebih mahal’ buat sesetengah pengguna.

Rupa Paras Yang Eksklusif!!

Jika dilihat dari segi luaran, peranti ini sangat eksklusif yang mana ia dihadirkan dengan kemasan yang kemas dan premium. Di bahagian sisi dihadirkan dengan bingkai besi. Bahagian panel kaca di belakang yang melekung memberikan keselesaan ketika anda memegangnya.

Butang kuasa diletakkan di bahagian kanan dan butang laras suara terletak di sebelah kiri. Ia turut diperbuatkan daripada besi dan memberikan keselesaan kepada pengguna.

Butang khas bagi Bixby tidak dihadirkan namun anda boleh menetapkan butang kuasa bagi melancarkan pembantu maya ini.

Di bahagian bawah pula dihadirkan dengan port pengecasan USB-C serta pembesar suara di bahagian bawah. Jika dilihat tiada port audio disertakan.

Sedikit kekurangan, bonjol kamera Galaxy A80 dilihat agak besar. Jadi bingkai kamera itu dikhuatiri akan mudah calar. Peranti yang dihadirkan dengan sistem kamera pop-putar. Jadi kotoran agak mudah terperangkap. Tapi jangan bimbang ia amat mudah dibersihkan.

Berikut adalah rupa paras peranti ini secara keseluruhan:

 

Spesifikasi Yang Mantap

Spesifikasi Galaxy A80 pasti tidak dapat dinafikan sangat baik berdasarkan kelasnya. Dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 730 memberikan prestasi yang sangat baik. Turut disokong oleh 8GB RAM dan storan sebesar 128GB. Grafik juga adalah sangat baik apabila dihadirkan dengan Adreno 618. Berikut adalah spesifikasi penuh peranti ini:

Spesifikasi

Galaxy A80

Skrin

6.7 inci FHD+ SAMOLED, HDR10

Pemproses

Qualcomm Snapdragon 730

Cip Grafik

Adreno 618

RAM

8GB

Storan Dalaman

128GB

Kamera

48MP (f/2.0) + 8MP (f/2.2) + TOF 

Bateri

3700 mAh (Pengecasan pantas + Tanpa wayar)

SIM

Dwi SIM Nano

NFC

Ya

Sistem Keselamatan

Imbasan cap jari dalam skrin

Harga

RM 2499

 

Paparan Yang Mengoda

Seperti yang diketahui peranti ini tampil dengan skrin yang bersaiz besar iaitu 6.7 inci SAMOLED FHD+. Jika anda lihat tiada sebarang takuk atau kamera berlubang pada skrin. Hal ini disebabkan oleh peranti ini tampil dengan sistem pop-putar bagi kamera.

Justeru ia memberikan kepuasan tontonan tanpa sebarang gangguan. Disertakan dengan Adreno 618 memberikan kepada pengguna kesan grafik yang sangat baik
ketika bermain game atau menonton video. Lebih menarik, ia turut memaparkan kandungan HDR10 dengan sangat jelas dan baik.

 

Kamera Yang Unik

Ini yang menjadi sorotan buat Galaxy A80 ini apabila ia dihadirkan dengan sistem kamera pop-putar. Kamera belakang boleh diputarkan untuk dijadikan kamera hadapan. Jadi kualiti gambar swafoto adalah sangat baik. Dihadirkan dengan sensor 48MP + 8MP + TOF.

Menariknya, kamera peranti ini dihadirkan dengan Scene Optimiser boleh diaktifkan. Pastinya fungsi ini mampu mengenal pasti secara automatik subjek yang ingin di rakam. Ia memudahkan pengguna ketika menggunakan kamera ini.

Scene Optimizer, refine your shots

Mod Pro dan Night turut disertakan pada kamera ini bagi memberikan gambar malam yang lebih berkualiti.

Beberapa lagi fungsi menarik yang disertakan adalah Live Focus, Live Focus Video, Panorama, Super Slow-Mo dan Hyperlapse. Jika kamera ditukarkan ke hadapan, hanya fungsi Panorama sahaja yang tidak boleh digunakan.

 

AR Emoji Yang Serius Comel!!!

Anda juga sebenarnya boleh menggunakan AR Emoji pada peranti ini yang terdapat di bahagian atas dalam aplikasi kamera. Pelbagai pilihan AR emoji yang boleh dipilih yang pastinya memberikan kecomelan pada fungsi kamera anda.

Sticker juga menarik kerana ia dihadirkan dengan pelbagai sticker yang boleh menghiburkan hati anda. Anda boleh membuat bentuk hati menggunakan jari anda dan sticker hati akan keluar pada skrin. Menarik bukan!

Berikut adalah hasil gambar telefon pintar ini:

 

Audio Yang Boleh Tahan!

Sedikit merugikan kerana peranti ini tampil dengan pembesar suara mono yang diletakkan di bahagian bawah peranti. Kualiti audio yang dihasilkan tidak dapat menyamai kualiti paparan daripada peranti ini. Kepuasan tontonan sedikit terganggu.

Tapi jangan bimbang, sokongan Dolby Atmos yang tersedia menerusi aksesori audio seperti earphone. Jadi anda akan mendapat kuliti bass yang sangat baik sekiranya menggunakan earphone.

 

Kapasiti Bateri Yang Mampu Bertahan Lama

Peranti ini dihadirkan dengan bateri 3700mAh. Sungguhpun ia agak kecil tetapi anda jangan bimbang kerana kami telah menggunakan peranti ini seharian dengan hanya sekali cas sahaja. Ia pastinya mampu bertahan lama.

Bercakap mengenai pengecasan, kami telah melaksanakan ujian pengecasan ke atas peranti ini. Nyata ia tidak mengecewakan kerana ia dihadirkan dengan pengecasan pantas. Kami mula mengecas peranti ini ketika ia berada pada paras 6% iaitu pada jam 12.26 tengah hari. Ia mencapai 100% pada jam 2.03 petang. Mengambil masa hanya selama 1 jam 37 minit. Menarik bukan!!

Pengalaman Game Yang Berbaloi

Game merupakan antara fungsi wajib yang perlu ada pada setiap peranti pintar pada ketika ini. Galaxy A80 ini pastinya sebuah peranti ini memberikan prestasi gaming yang terbaik. Kami telah menguji peranti ini dengan bermain game Mobile Legend menggunakan peranti ini. Ia sangat menyenangkan.

Sepanjang kami bermain, kesan grafik yang dihasilkan adalah sangat baik disebabkan Adreno 618. Namun sedikit kurang adalah audio yang dipamerkan tidak seiring dengan paparan yang menakjubkan. Namun dengan earphone, kepuasan ini dapat dicapai.

 

Ujian

Kami telah menjalankan ujian prestasi ke atas peranti ini menerusi AnTuTu Benchmark dan GeekBench 4. Hasil dapatan daripada ujian ini mendapati bahawa peranti ini berada dalam prestasi yang sangat baik dan mampu bersaing dengan peranti-peranti lain yang berada di pasaran. Berikut adalah hasil ujian bagi peranti ini:

#AnTuTu Benchmark

#GeekBench 4

 

Apa Kata Editor

Secara keseluruhan telefon ini memaparkan prestasi yang terbaik bagi kelasnya. Dengan saiz skrin yang besar dan resolusi yang tinggi, mampu memberikan pengalaman tontonan terbaik. Daya tahan bateri yang baik juga menambahkan lagi kenikmatan dan keasyikkan ketika menggunakannya. Gambar-gambar yang dihasilkan juga sangat baik terutamanya bagi gambar swafoto. Jadi berbaloi juga anda membeli peranti Samsung Galaxy A80 pada harga tersebut.

_______________________________

Artikel Berkaitan:

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here