**********

Tidak dapat dinafikan bahawa HUAWEI merupakan jenama yang seringkali mendapat perhatian disebabkan mereka sentiasa menghasilkan peranti-peranti yang menakjubkan mengikut kelas peranti. Terbaharu, HUAWEI telah melancarkan peranti terbaharunya iaitu HUAWEI Y9 Prime 2019 yang merupakan peranti pintar pop-up kamera yang pertama bagi jenama ini. Jom kita lihat prestasi peranti ini secara total!

Spesifikasi Yang Baik Bagi Kelasnya!

Peranti ini tidak dapat dinafikan dihadirkan dengan sepesifikasi yang baik bagi kelasnya. Dikuasakan oleh cip pemproses Kirin 710. Dipadankan dengan RAM 4GB serta storan sebesar 64GB / 128GB. Turut disertakan dengan Kad microSD sehingga 512GB. Tampil dengan Android 9 (EMUI 9.0) bagi melancarkan penggunaannya. Berikut adalah spesifikasi penuh peranti ini:

Spesifikasi

HUAWEI Y9 Prime (2019)

Skrin

6.59 inci FullView Display LCD

Pemproses

HiSilicon Kirin 710

Sistem Operasi

Android 9.0 (Pie), EMUI 9

Cip Grafik

GPU Mali-G51 MP4

RAM

4GB

Storan Dalaman

64GB / 128GB

Kamera

Belakang: 16MP + 8MP + 2MP

Hadapan: 16MP

Bateri

4000mAh (USB-C)

Dimensi

163.5mm x 77.3mm x 8.8mm

Berat

196.8 g

Warna

Emerald Green, Midnight Black dan Sapphire Blue

Harga

RM899

Keunggulan Dalam Rekaan

Jika dilihat Y9 Prime ini, rekaan sangat sangat menarik. Rekaan belakang tidak seperti peranti-peranti yang lain. Peranti ini tidak menggunakan pendekatan warna cerun seperti yang ada pada peranti-peranti lain. Uniknya ia tampil dengan 2 tona warna. Tona warna di bahagian atas sedikit cerah berbanding tona warna di bahagian bawah. Ia sekali gus memberikan nafas baharu dalam rekaan peranti ini.

Butang kuasa dan laras suara dihadirkan di bahagian kanan dan di bahagian kiri peranti ini tidak dihadirkan dengan sebarang butang.

Di bahagian bawah pula tampil dengan port pengecasan (USB-C), port audio dan speaker.

Di bahagian atas pula dihadirkan dengan dengan pop-up kamera serta sim kad. Ia sekali gus memberikan paparan penuh tanpa gangguan seperti takuk atau kamera pada skrin.

Pengimbas cap jari disertakan pada bahagian belakang peranti ini.

Berikut adalah rupa paras keseluruhan peranti ini:

Paparan Penuh Membuka Perspektif Baharu

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa peranti ini hadir dengan kepuasan tontonan apabila ia dihadirkan dengan paparan penuh tanpa sebarang gangguan. Dihadirkan dengan 6.59 inci FullView Display LCD pastinya memberikan saiz yang mengagumkan untuk tontonan anda.

Disertakan dengan resolusi FHD+(2340 x 1080 piksel) menambah rencah dalam kepuasan tontonan ini. Dengan GPU Mali-G51 MP4, memberi kesan grafik yang baik khususnya ketika bermain game. setara dengan kelas peranti ini.

Kamera Unik Yang Memuaskan!!

Seperti yang diketahui, peranti ini tampil dengan sistem tri-kamera iaitu 16MP + 8MP + 2MP. Dengan sistem 3 kamera ini, pastinya menghasilkan gambar yang menawan bagi kelasnya.

Tampil dengan beberapa fungsi asas yang menarik seperti Slow-mo, Light painting, HDR, Panorama dan sebagainya.

Dengan kaca tambahan pada lensa, lensa 6P secara efektif mengumpul cahaya untuk mempertingkatkan resolusi dan kontras dan memaparkan gambar yang lebih baik.

Bagi mereka yang gemar merakam imej seni bina atas pemandangan yang luas, lensa sudut lebar (wide angle) tidak mengecewakan apabila ia mampu merakam imej yang lebih banyak dan kejelasan serta perincian yang baik.

Disebabkan peranti ini disokong oleh AI algorithm, kamera belakang boleh mengenalpasti 22 kategori dan 500+ senario. Oleh itu, setiap rakaman akan menjadi lebih tepat dan vivid.

Kamera hadapan adalah sorotan bagi peranti ini kerana buat pertama kalinya HUAWEI menampilkan peranti dengan kamera pop-up. Dihadirkan dengan 16MP bagi kamera hadapan ini pastinya mampu merakam imej swafoto yang cantik dan menawan.

Kamera hadapan ini turut disertakan dengan AI Selfie yang membuatkan rakaman swafoto anda menjadi lebih menawan. Ia menawarkan pengoptimuman imej dalam 5 scene dan akan melaraskan secara automatik untuk memberikan hasil gambar yang lebih baik.

HUAWEI Y9 Prime 2019 ini turut hadir dengan 3D Portrait bagi kamera hadapan dan belakang. Anda boleh menggunakan pelbagai kesan pencahayaan seperti studio lighting, soft lighting, butterfly light dan sebagainya. Gambar anda akan tampak persis seperti model.

1 Perkara menarik mengenai kamera hadapan peranti ini adalah ia adalah sangat tahan lasak. Mampu menahan tekanan sehingga 15kg, lebih 100000+ kali ujian ketahanan dilakukan dan turut mampu disesuaikan pada suhu -20 °C hingga 60 °C.

Berikut adalah hasil gambar peranti ini:

Bateri Yang WOWW!!!!

Seperti yang diketahui, Y9 Prime 2019 ini dihadirkan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 4000mAh (USB-C). Turut disertakan dengan pengecasan pantas 10W. Pastinya anda tidak akan mengalami masalah bateri yang cepat habis. Anda boleh meninggalkan bank kuasa di rumah kerana kapasiti bateri peranti ini pastinya mampu bertahan lama.

Ia juga mampu untuk mengecas dengan sangat pantas. Kami telah menjalankan ujian pengecasan ke atas peranti ini. Mula mengecas peranti ini pada jam 3.49 petang iaitu pada 16%. Ia mencapai 100% pada jam 5.48. Mengambil masa hanya selama 1 jam 59 minit.

Kawalan Gaming Yang Lancar

Sememangnya permainan mudah alih sudah menjadi kewajiban dalam setiap peranti pintar. Y9 Prime 2019 nyata memaparkan pengalaman bermain game yang sangat baik bagi kelasnya. Kami telah menguji peranti ini dengan bermain game seperti game Mobile Legend dan Asphalt 9. Sepanjang bermain game menggunakan peranti ini, kawalan adalah sangat lancar tanpa ada sebarang lag. Jadi anda akan lebih mudah untuk melakukan sasaran ketika ini.

Grafik juga agak baik kerana ia dihadirkan dengan Mali-G51 MP4. Jadi kepuasan bermain game itu dapat dicapai menerusi grafik yang dipaparkan.

Ujian

Melihat prestasi peranti ini adalah wajar untuk kami melakukan ujian ke atas peranti ini. AnTuTu Benchmark dan GeekBench 4 digunakan sebagai medium untuk menguji peranti ini. Nyata hasil daripada ujian ini memperlihatkan prestasi yang baik dan mampu bersaing dengan peranti-peranti lain yang berada di pasaran bagi kelasnya. Berikut adalah hasil keputusan ujian peranti ini.

#AnTuTu Benchmark

#Geekbench 4

Apa Kata Editor

Secara keseluruhannya, peranti ini adalah sangat baik bagi kelasnya. Rekaan yang eksklusif memberikan rasa premium pada peranti ini. Dengan hasil gambar yang berkualiti khususnya bagi kamera hadapan pastinya dapat meningkatkan lagi keyakinan anda. Spesifikasi dalaman dan bateri yang superb, membuatkan ia berbaloi untuk dimiliki. Pada yang harga berpatutan ini iaitu RM899,  membuatkan HUAWEI Y9 Prime 2019 berbaloi untuk dimiliki!!!

 

_______________________________

Artikel Berkaitan:

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here