Realme Perkenal Tagline Baharu, ‘Dare to Leap’ – Anjur Aktiviti Menarik Dengan Hadiah Lumayan!

473

Realme Malaysia hari ini memperkenalkan tagline baharu – Dare to Leap. Pengenalan tagline baharu ini sesuai mencerminkan Realme berani untuk terus maju ke hadapan dan lebih berdaya saing.

‘Mantera’ ini juga dikatakan mewakili semangat Realme dalam usaha terus memberikan pengalaman terbaik buat pengguna – tidak kira dari segi prestasi, reka bentuk mahupun kualiti.

Bersempena pelancaran tagline baru ini, Realme turut menganjurkan roadshow khas – memberikan orang ramai mencuba pelbagai aktiviti menarik. Roadshow berlangsung bermula HARI INI – 21 Julai 2019 bertempat di Lower Ground 2, Blue Concourse, Sunway Pyramid.

Menariknya mengenai aktivit ini, Realme menawarkan sejumlah hadiah lumayan untuk direbut termasuklah peranti pintar terbaru Realme, percutian selama 2 hari 1 malam di Lexis Hibiscus, Port Dickson dan banyak lagi untuk direbut.

Pada masa sama, Realme turut mengumumkan harga penjualan baru untuk model mereka Realme 3 Pro (6GB+128GB) yang mana kini dijual pada harga RM999 sahaja! Aha, tunggu apa lagi? Jom shopping sekarang dan jangan lupa memeriahkan roadshow Realme ni okay!

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here