Qualcomm 215 Kini Dilancarkan Bagi Peranti Kelas Permulaan – Tampil Dengan Sokongan CPU 64-Bit, Dwi Kamera Dan Cortex-A53

326
**********

Qualcomm sentiasa menyajikan dengan penawaran cipset berprestasi yang sangat baik walaupun ia untuk model kelas permulaan. Terbaharu mereka telah melancarkan Snapdragon 215 bagi kelas permulaan.

Menariknya, cipset ini dilengkapi dengan sokongan cpu 64-bit yang memberikan prestasi yang lebih berkuasa. Ia turut dikatakan mampu menyokong platform Android One.

Selain itu, ia akan memberi sokongan dwi kamera bagi kelas permulaan. Dengan dwi ISP pada cipset ia akan menyokong konfigurasi kamera 13MP untuk kamera tunggal atau 8 MP bagi sistem dwi kamera.

Turut dihadirkan dengan sokongan sensor kedalaman (depth sensor) atau zum optikal. Dalam pada itu ia juga turut menerima sokongan proses 28nm dalam 4 teras daripada Cortex-A53 dengan kelajuan 1.3GHz.

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here