OPPO & vivo Perkenal Teknologi Baharu – Sokongan Dual – WiFi

404

Dua jenama terkenal di bawah naungan BBK Electronics iaitu OPPO dan vivo kini memperkenalkan satu ciri baru dikenali sokongan Dual-WiFi – ciri di mana membolehkan peranti membuat sambungan ke dua rangkaian secara serentak. Ia bertujuan untuk mendapatkan rangkaian jalur lebar lebih baik dan sambungan stabil.

Sebagai demo, OPPO dilihat mengetengahkan ciri baharu ini pada model OPPO Reno 10X Zoom – peranti tersebut dilihat menyambung kepada 2.4 GHz dan rangkaian 5GHz secara serentak – kelajuan muat turun boleh meningkat sehingga 322% berbanding sambungan Wi-Fi biasa.

Pada masa sama, vivo pula mengetengahkan ciri ini pada model iQOO sebagai demo – ciri Dual-WiFi dilihat memilik rangkaian mana yang lebih cepat dan menggunakannya secara automatik untuk muat turun aplikasi dengan lebih cepat.

Buat masa ini, hanya peranti OPPO dan vivo sahaja yang menyokong ciri baharu ini. Jadi, apa pandangan anda mengenai teknologi baru ini? Kongsikan dengan kami! Kekal bersama eRing untuk info lebih terkini.

[SUMBER], [SUMBER 1

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here