OPPO Reno FC Barcelona Edition Kini Membuka Sesi Pra-Tempahan Mulai 21 Julai – Nikmati Hadiah Eksklusif Bernilai RM898!

394

Okay guys! OPPO Reno FC Barcelona Edition kini sudah rasmi harga jualannya!!! Tarikh pelancaran di Malayia akan diadakan pada 26 Julai dan ia ditawarkan pada harga RM3,999!!!

Demi memudahkan peminat OPPO dan FC Barcelona boleh mendapatkan peranti edisi terhad ini dengan segera, pihak OPPO telah membuka sesi pra-tempahan mulai 21 hingga 25 Julai 2019. Setiap pra-tempahan akan menerima hadiah eksklusif bernilai sehingga RM898, termasuk earphone O-Free bernilai RM599 dan beg Barca bernilai RM299.

Pra-tempahan boleh dibuat menerusi kedai OPPO Concept Store, atau di laman web rasmi OPPO, rakan kongsi e-dagang seperti Lazada dan Shopee.

OPPO Reno FC Barcelona Edition hadir dengan logo kelab bola sepak Barcelona di panel belakang, spesifikasi termasuk 8GB RAM dan 256GB ROM di bawah cip pemproses Snapdragon 855, bahagian kamera menggabungkan 48MP + 13MP + 8MP bersama sokongan zum hibrid 10x dan zoom digital 60x, yang mana menjadi tahap zum tertinggi dalam industri peranti pintar setakat ini.

____________________________

Artikel Berkaitan:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here