OPPO Kini Perkenalkan Powerbank Edisi Khas Gundam Dengan Sokongan VOOC!

1322
- Iklan -

Pengecasan pantas sudah menjadi kepentingan dalam sesebuah peranti pintar, OPPO merupakan salah satu syarikat yang mempunyai teknologi pengecasan pantas yang dikenali sebagai VOOC.

Tahun lepas, OPPO telah melancarkan sebuah powerbank bertema Pikachu dengan sokongan pengecasan SuperVOOC berkapasiti 10,000mAh. Kerjasama ini mendapat sambutan meriah di kalangan peminat Pikachu, terkini edisi khas Gundam sempena ulang tahun ke-40 turut diperkenalkan di pasaran China.

Menurut OPPO, powerbank ini didatangkan dalam 2 pilihan kerangka iaitu rekaan klasik RX-78-2 Gundam dan RX-0 Unicorn Gundam bersama ukiran halus yang amat memuaskan. Kapasiti powerbank ini tetap menggunakan 10,000mAh, dilengkapi dengan sokongan pengecasan pantas dua hala sehingga 20W, bagi peranti yang tidak menyokong pengecasan pantas tetap boleh mengecas dengan kelajuan 10W.

[ [TERTIRIS] : Imej Peranti Misteri OPPO Dengan Tema Gundam Muncul Di Media Sosial ]

Kepada yang berminat, powerbank Gundam ini ditawarkan pada harga RMB299 (kira-kira RM178) untuk pasaran China. Untuk pasaran tempatan pula, pihak OPPO masih belum mengumumkan lagi.

 

 

- Advertisement -

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here