Nokia Lancar WiFi Mesh Router Baharu Iaitu Nokia Beacon 1 – Beri Capaian Sehingga 4500kps

437
**********

Nokia yang merupakan jenama terkemuka kini telah melancarkan jaringan penghala WiFi (mesh router) dikenali sebagai Beacon 1. Menariknya keupayaannya sama seperti Beacon 3 tetapi pada harga yang lebih mampu milik.

Peranti ini dihadirkan dengan 3 unit yang mana ketiga-tiga disokong oleh 802.11 k/v Dual-Band WiFi dan kejaluan AC1200. Ia turut dihadirkan dengan port 2-Gigabit Ethernet (LAN). Ia turut menyediakan 2 sambungan 2.4GHz dan 5.0GHz.

Menariknya, setiap Beacon 1 mampu memberikan liputan sehingga kira-kira 140 meter persegi (1500 kaki persegi). Ia turut mampu diperluas sehingga mencapai 420 meter persegi (4500 kaki persegi) apabila ketiga-tiga Beacon 1 itu disambungkan. Jadi anda boleh meletaknya di bahagian yang berbeza dirumah.

Anda boleh mengawal penghala ini menerusi telefon pintar anda bagi menukar nama pengguna, kata laluan, dan sebagainya. Menerusi aplikasi ini juga, ia akan memberi cadangan lokasi yang sesuai untuk meletakkan Beacon 1 ini.

Nokia Beacon 1 Mesh WiFi Router dijual pada harga $129 (kira-kira RM534) untuk seunit. Manakala sekiranya anda membeli pakej-pakej 3 unit, ia dijual pada harga $299 (kira-kira RM1238).

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here