Nintendo Switch Lite Akan Dijual Mulai 20 September – Harga Sekitar RM821

651

Nintendo telah mengumumkan konsol permainan baharu mereka yang dinamakan sebagai Nintendo Switch Lite baru-baru ini.

Konsol ini mempunyai rekaan yang lebih kurang sama dengan Switch, tetapi lebih mudah alih kerana ia tidak menyokong sambungan ke television, tiada kamera infra-merah, bahkan Joy-Con jua tidak boleh dipisahkan sepertimana pada Switch.

Tambahan lagi, paparan skrin Nintendo Switch Lite juga hanya bersaiz 5.5 inci berbanding Switch yang mencapai 6.2 inci. Walaupun skrin menjadi kecil tetapi resolusinya masih menyokong 720 piksel, menjadikan grafik permainan akan lebih halus dan ia boleh dikatakan lebih memenuhi keselesaan pegangan tangan.

Berat konsol ini juga menjadi lebih ringan hanya 275g (Switch 398g), Joy-Con kini tidak boleh dipisahkan dan ia menggunakan d-pad untuk mengawal permainan. Menurut Nintendo, Switch Lite mempunyai daya ketahanan yang lebih tinggi berbanding Switch, di mana mampu bertahan selama 3-7 jam.

Nintendo Switch Lite ini ditawarkan dalam tiga pilihan warna, iaitu kuning, kelabu dan zamrud, dan akan dijual secara global pada harga $199 (kira-kira RM821) mulai 20 September 2019.

_________________________

Artikel Berkaitan:

 

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here