Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order Bakal Menerima 3 Watak Baharu, – Loki, Colossus Dan Cyclops

410

Acara Comic Con kini sedang hangat diperkatakan kerana pelbagai pengumuman menarik telah dilakukan. Antaranya ialah Nintendo dan Marvel Games telah mengumumkan watak Loki kini bakal hadir dan boleh dimainkan dalam permainan Marvel Ultimate Alliance 3: The Black Order. Ia dilancarkan khusus bagi konsol Switch.

Permainan ini dibangunkan oleh Team Ninja dan bakal dilancarkan secara eksklusif pada 19 Julai 2019 ini.

Bukan Loki sahaja, Colossus dan Cyclops dari X-Men turut hadir pada 30 Ogos nanti. Menariknya, kemaskini boleh dilakukan secara percuma.

Dalam pada itu, 4 watak dari siri Marvel Knight turut bakal diperkenalkan oleh Marvel Games. Watak-watak tersebut adalah Blade, Moon Knight, Punisher dan Morbius. Menurut Marvel Games, DLC pertama ini bakal menjengah pada penghujung tahun ini.

 

BERI MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here